Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kesakitan yang ditanggung kanak-kanak kecil ini pastinya tidak dapat dibendung kerana melihatnya sahaja sudah cukup membuatkan hati ini luluh.
Baru-baru ini, melalui satu hantaran di laman Facebook milik Sya Rosyada, berkongsi gambar seorang kanak-kanak yang baru berusia tiga tahun sedang menderita akibat penyakit kulit di bahagian kakinya. Walaupun telah banyak inisiatif diambil seperti mendapatkan rawatan di hospital dan juga menggunakan kaedah rawatan kampung, penyakit tersebut pasti kembali semula.
https://www.facebook.com/sya.rosyada/posts/2344480908974482



