Siakap Keli

“Tulis Ni Pun Menitik Air Mata, Ya Allah Tolonglah Hambamu,” Sudah Banyak Kali Rawat Tapi Penyakit Datang Balik, Kanak-Kanak Tiga Tahun Ini Dalam Kesakitan

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.  Kesakitan yang ditanggung kanak-kanak kecil ini pastinya tidak dapat dibendung kerana melihatnya sahaja sudah cukup membuatkan hati ini luluh.

Baru-baru ini, melalui satu hantaran di laman Facebook milik Sya Rosyada, berkongsi gambar seorang kanak-kanak yang baru berusia tiga tahun sedang menderita akibat penyakit kulit di bahagian kakinya. Walaupun telah banyak inisiatif diambil seperti mendapatkan rawatan di hospital dan juga menggunakan kaedah rawatan kampung, penyakit tersebut pasti kembali semula.

Menerusi gambar-gambar yang dilampirkan, kelihatan kesakitan yang dialami adik Nur Hana Humairah itu berada dalam keadaan yang teruk dan sudah pastinya membuatkannya tidak selesa.
Rata-rata pengguna Facebook turut bersimpati dengan nasib yang dialami oleh adik Hana dan mendoakan kesembuhan terhadap kanak-kanak itu.
“Semoga cepat sembuh”
“Kena rajin rendam kaki dalam air suam”
Sumber: Sya Rosyada

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa