Siakap Keli

(Video) Bengang Bayi Bising Ketuk Sudu Atas Meja, Wanita Hamil Bertindak Simbah Sup Panas

Seorang wanita hamil yang hilang sabar dan berang terhadap teriakan seorang budak telah menyebabkan kecederaan terhadap seorang bayi di sebuah restoran.

Kejadian yang berlaku di sebuah kedai makan yang terletak di bandar Xiangcheng di wilayah Henan China tengah merakaman insiden itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang di pasang di dalam kedai tersebut. Menerusi paparan rakaman tersebut, perempuan itu dilihat mengambil mangkuk yang berisi sup panas dan kemudian menyimbah ke arah bayi itu.

Dia bertindak demikian ekoran bunyi bising yang dibuat oleh bayi tersebut. Bayi tersebut dikatakan memukul meja dengan sudu sehingga menyebabkan bunyi bising.

Sebelum itu, wanita tersebut telah mengajak suaminya beredar dari restoran tersebut. Walau bagaimanapun, dia kembali ke restoran kira-kira 10 minit kemudian dan mengejutkan orang ramai dengan tindakannya.

Menurut seorang pekerja di restoran itu, wanita tersebut sedang hamil enam bulan dan dipercayai telah bergaduh dengan suaminya sebelum itu. Akibat daripada tindakannya, kanak-kanak perempuan yang berusia 11 bulan itu mengalami luka melecur di bahagian belakang dan punggung.

Pihak polis telah mengeluarkan tempoh penahanan 15 hari dan denda 500 yuan (RM300) kepada suspek.

Namun, wanita tersebut terlepas daripada penahanan tersebut kerana undang-undang China menghalang hukuman terhadap wanita hamil. Walau bagaimanapun, wanita itu telah membayar bil perubatan mangsanya yang cedera. Pihak polis masih lagi menilai tahap kecederaan bayi dan ibunya ketika mereka lakukan siasatan lanjut.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa