Siakap Keli
Gambar: CNN & Tribunnews

“Mampos Tak Naik Macam Ni,” Tertipu, Video Viral Permainan Ekstrem Korea Rupanya Kena ‘Edit’

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan satu permainan di taman tema yang sungguh menakutkan dan juga dianggap sangat bahaya. Tidak mahu terlepas, ramai rakyat Malaysia juga turut berkongsi rakaman tersebut di dalam laman sosial masing-masing.

https://www.youtube.com/watch?v=Tw8dN92Hd74

Melalui rakaman, permainan tersebut dimainkan dengan membawa penunggang pada satu ketinggian sebelum dijatuhkan ke bawah secara serentak.

Disebalik ketaksuban anda melihat rakaman tersebut, tahukah anda bahawa rakaman tersebut sebenarnya telah disunting?

Permainan tersebut dikenali sebagai Gyro Drop yang merupakan tarikan paling popular di Lotte World Korea Selatan yang terletak di Seoul. Permainan tersebut berkebolehan membawa penumpang ke puncak menara setinggi 315 kaki bersamaan hampir 100 meter.

Walau bagaimanapun, permainan ini tidak mempunyai proses putaran yang berayun sekitar menara seperti yang ditontonkan dalam klip asal yang tular.

Berikut merupakan rakaman sebenar bagaimana permainan ini berfungsi.

 

Sumber: 24floridavideo, Kashif, CNN

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.