Siakap Keli
Gambar: Keluarga

Pelik, Kenapa Kita Je Digigit Nyamuk Sedangkan Orang Lain Tak? Ini Jawapannya

Digigit nyamuk merupakan perkara biasa yang berlaku kepada kebanyakan kita di habitat-habitat ‘makhluk’ ini, khusus di kawasan semak.

Namun begitu, pernahkah anda digigit nyamuk dengan begitu kerap tetapi tidak bagi orang lain yang turut berada di tempat yang sama?

Perkara ini bukanlah secara kebetulan tetapi hadir dengan beberapa faktor.

  1. Jenis Darah

Setiap nyamuk mempunyai kecenderungan terhadap jenis darah yang disedut. Menerusi satu kajian yang dibuat, pemilik darah jenis O lebih kerap digigit oleh nyamuk berbanding darah jenis A.

Gambar: BeritaSatu.com

2. Karbon Dioksida

Karbon dioksida yang dikeluarkan oleh manusia merupakan salah satu sebab mengapa nyamuk lebih gemar mendekati anda. Nyamuk berkebolehan untuk mengesan karbon dioksida sejauh 164 kaki. Oleh itu, orang dewasa dan wanita hamil yang banyak mengeluarkan karbon dioksida melalui pernafasan akan menarik lebih banyak nyamuk berbanding kanak-kanak.

3. Aktif Bersukan

Aktiviti sukan yang mengeluarkan peluh akan meningkatkan jumlah asid laktik yang dirembeskan oleh kulit. Perkara ini secara langsung akan meningkatkan suhu badan anda.  Disebabkan itu, nyamuk akan lebih cenderung terhadap anda sekiranya anda berpeluh. Oleh itu, tidak hairanlah rakan anda tidak digigit nyamuk dengan banyak berbanding anda yang kerap berpeluh.

4. Bakteria Kulit

Bakteria yang terdapat pada kulit juga menarik minat nyamuk untuk hinggap di tubuh badan kita. Kawasan kulit yang mempunyai bakteri akan menjadi tempat tumpuan mereka. Disebabkan itulah nyamuk sering hinggap di pergelangan kaki kerana kaki merupakan tempat yang banyak bakteria.

Gambar: NPR

5. Warna Baju

Selain menumpukan karbon dioksida, nyamuk juga gemar untuk menghampiri warna yang lebih gelap seperti hitam, biru tua, dan juga merah.

Perkara ini adalah kerana nyamuk menggunakan penglihatan bersama aroma untuk menjejaki manusia.

Sumber: Smithsonian.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa