Siakap Keli

Ramai Tak Tahu, Bakteria Bertambah 14 Kali Ganda Lepas Tiup Lilin Kek Hari Jadi – Kajian

Jangan tipu kalau ada diantara kita yang tak pernah sekalipun tiup lilin pada kek hari jadi.  Setiap tahun dan setiap kali sambutan hari lahir, pasti acara ini yang ditunggu-tunggu sebagai simbolik kepanjangan usia yang diraikan.

Namun, siapa sangka ‘budaya’ ini sebenarnya mengundang bahaya kepada si peniup lilin.

Hal ini digarap dalam satu kajian bertulis sebuah Universiti di South Carolina, diketuai oleh Dr. Paul Dawson yang menunjukkan pembiakan bakteria sebanyak 14 kali ganda selepas lilin ditiup.

Ujian awal menunjukkan bahawa bioaerosol dalam pernafasan manusia yang keluar daripada mulut mungkin menjadi sumber bakteria dipindahkan ke bahagian permukaan kek.

Meniup lilin di atas permukaan lapisan gula menghasilkan lebih 1400%  bakteria berbanding dengan lapisan gula yang tidak ditiup.

“Ia bukan masalah kesihatan yang besar dalam perspektif saya,” kata Dawson kepada media.

“Sebenarnya jika anda melakukan 100,000 kali ini, peluang untuk mendapatkan sakit mungkin akan sangat minima.”

Sumber: USA TODAY, Journal

Nur Farra