Siakap Keli
Gambar: Morocco World News

Facebook Turunkan Semua Iklan Huawei Lepas US Dakwa China Boleh Intip Guna FB

Facebook telah menurunkan kesemua iklan produk Huawei selepas kerajaan AS mendakwa bahawa China menggunakan teknologi firma itu untuk mengintip.

Syarikat sosial media itu berbuat demikian kerana mereka percaya bahawa beberapa iklan syarikat China itu telah melanggar syarat ketelusan yang bersifat politik.

Syarikat teknologi China itu sedang menjadi mangsa atas perbalahan politik yang berlaku di antara kerajaan Amerika Syarikat dan China. Kerajaan Amerika Syarikat mendakwa China menggunakan peralatan teknologi yang dikeluarkan oleh syarikat Huawei untuk mengintip.

Berikutan dengan dakwaan tersebut, kerajaan Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ke atas syarikat itu yang walau bagaimanapun menangkis segala dakwaan yang dibuat oleh Amerika Syarikat.

Sebuah iklan Huawei yang direkodkan telah dilihat oleh lebih sejuta pengguna Facebook telah diturunkan kesan daripada larangan sekatan yang dikenakan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Difahamkan, iklan tersebut lebih mensasarkan pengguna Facebook dari Eropah.

Walau bagaimanapun, syarikat teknologi gergasi China itu masih lagi boleh menjalankan pengiklanan di Facebook seperti biasa, namun hanya iklan yang boleh dilihat menerusi telefon pintar sahaja.

Berkaitan dengan itu, British turut ditekan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk menghalang pembinaan rangkaian 5G di negara itu kerana dikhuatiri digunakan untuk pengintipan.

Pentadbiran Trump yang telah mengenakan sekatan ke atas produk Huawei, telah memaklumkan kepada sekutunya untuk tidak menggunakan teknologi 5G serta peralatannya kerana dikhuatiri diintip.

Huawei walau bagaimanapun telah berulang kali menangkis segala dakwaan yang melibatkan kesalahan seperti yang didakwa oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right