Siakap Keli
Gambar Hiasan

Guna Eskulator Tak Bergerak Sebagai Tangga Boleh Meragut Nyawa , Pensyarah Ini Dedahkan Sebabnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tangga bergerak atau lebih dikenali sebagai eskalator adalah sejenis peranti (pengangkutan) yang mengangkut penumpangnya untuk turun dan naik dari satu tingkat ke tingkat yang lain dalam sesebuah bangunan.

Ia kini digunakan secara meluas di semua gedung, pasaraya, pejabat mahupun bangunan lain sebagai pengganti kepada tangga dan tempat yang tidak disediakan lif. Namun dalam tidak sedar, eskalator ini mampu menjadi ‘pembunuh’ akibat kecuaian.

Sebenarnya, sudah banyak kemalangan direkodkan yang melibatkan eskalator sejak beberapa tahun yang lalu. Malah ada kejadian yang tular sehingga memenuhi ruangan akhbar harian,antara kes yang masih diingati adalah kemalangan kanak-kanak berumur 3 tahun.

Menurut statistik dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menyatakan bahawa 97 peratus daripada 31 laporan kemalangan eskalator antara tahun 2011 hingga Mei 2015 adalah melibatkan kanak-kanak.

Bahkan, pada tahu 2016 lalu, ada seorang kanak-kanak yang putus kakinya akibat tersepit di bahagian tangga bergerak itu.

Gambar Hiasan

Terbaru, tular di laman twitter mengenai sebuah video di mana seorang lelaki telah ‘dimakan’ oleh sebuah eskalator. Ciapan tersebut mendapat lebih dari 35,500 ulang kicau, 22, 300 tanda suka dan pelbagai komen, pandangan mahupun reaksi dari netizen.

Video tersebut sebenarnya adalah kejadian yang berlaku di Turki pada Februari tahun lepas (2018). Ia merupakan rakaman dari sebuah CCTV yang memaparkan kejadian ngeri di mana eskalator yang tidak berfungsi tiba-tiba bergerak dan ‘menelan’ seorang pemuda.

Gambar : Dailymail.co.uk

Lelaki berkenaan dikatakan terperangkap lebih satu jam di dalam tangga bergerak terbabit sebelum diselamatkan oleh pihak bomba dan penyelamat tempatan.

Namun video tersebut mula tular kembali apabila dikongsi kelmarin di laman twitter. Menurut Nur Hafizah ketika dihubungi, pensyarah beliau dalam subjek asas kejuruteraan yang memberikan video berkenaan kepada pelajar-pelajarnya sebagai iktibar.

Menurut pensyarah terbabit, kejadian bahaya tetap boleh berlaku walaupun eskalator berkenaan tidak berfungsi. Menurut pensyarahnya:

Bila eskalator ini tidak beroperasi ataupun tidak berfungsi , orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakannya sebagai tangga. Kerana apabila terlalu ramai menggunakan (walau tidak berfungsi), eskalator itu tidak mampu menampung beban yang terlalu berat lalu menyebabkan eskalator itu turun dengan kelajuan yang sangat tinggi dan tak terkawal. 

Sumber : Dailymail.co.uk  & Nur Hafizah

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.