Siakap Keli

Pernah Tular Ibu Lahirkan Anak Kembar Muntahkan Cacing, Ini Punca Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Beberapa minggu ini kita disajikan dengan berita misteri kematian beberapa Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh. Insiden yang mula berlaku sejak Ramadhan lalu menjadi tanda tanya kepada semua tentang punca utama kejadian terbabit.

Sehinggalah semalam, persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa wabak yang melanda komunita masyarat tersebut adalah demam campak.

Namun, sebelum ini juga pernah terjadinya peristiwa ‘mistik’ yang menggegar arena media yang turut melibatkan masyarakat orang Asli. Antaranya kisah seorang wanita hamil yang mengandung anak kembar telah memuntahkan cacing.

Gambar Hiasan

Perkara itu menjadi perbahasan hangat suatu ketika dahulu, ada yang menyangka bahawa wanita itu ‘mengandungkan’ cacing.

Kisah ini diceritakan semula oleh Ijat Tazzi yang merupakan seorang jurueknologi makmal perubatan. Menurut beliau ketika dihubungi, kejadian tersebut berlaku setahun lalu (2018) di sebuah daeraqh di Kuala Kubu Bharu.

Ijat mengatakan bahawa perkara berkenaan dimaklumkan oleh doktor di situ seban ia merupakan kes yang jarang sekali berlaku.

Gambar : Ijat Tazzi

Doktor di situ mengatakan bahawa jika pesakit sudah muntah sehingga mengeluarkan cacing, ini bermakna bahawa cacing berkenaan terlalu banyak di dalam badan. Malah, doktor turut memaklumkan bahawa cacing terebut adalah dari jenis Ascaris (Cacing Gelang).

Spesis =Ascaris lumbricoides.

Genus = ascaris
Filum = nematoda
Kelas = Secernentia

Gambar : Ijat Tazzi

Ia adalah sejenis cacing bulat besar yang boleh memanjang hingga 35cm. Prevalent seluruh dunia terutamanya tropika dan subtropika. Penyebab penyakit askariasis.

Bagaimana Ia Membesar?

Manusia akan ingest rhabditiform larva yang akan menembusi dinding duodenum (usus kecil) dan masuk dalam salur darah. Dari sana ia membesar dan di bawa ke hati dan jantung.

Dan memasuki pulmonary circulation dimana akan ke alveoli di mana ia membesar lagi dan masuk ke organ pernafasan di mana manusia akan muntah atau telan balik dan proses memasuki deodenum akan bermula balik dan ulang sampai bila-bila.

Antara contoh Cacing gelang yang memenuhi usus (Gambar : Detik Health)

Secara ringkasnya. Telan telur cacing, telur tembus usus masuk salur darah lepas tu ronda2 dekat hati dan paru2. Dah sampai paru-paru dia naik atas sikit sampai tekak pastu muntah dan menjangkiti org lain atau sebahagian yang naik ke tekak turun ke usus dan ulang balik step pertama.

Cacing ni bertelur 200,000 telur sehari dan dalam badan cacing dewasa biasa ada 27juta telur!

Cara diagnosis

Biasa wet mount dan boleh jumpa telur fertilise atau infertilized egg. Telur dia agar besar dan sukar nak miss.

Cara jangkitan

Manusia yang makan makanan yang tercemar dgn larva atau telur cacing askaris ni akan dijangkiti atau sentuhan secara lansung atau tidak lansung. Bergantung kepada jenis cacing, ada yang menjadikan ikan sebagai perumah sebelum menjangkiti manusia. Ada juga yg menjadikan daging atau siput sebagai perumah.

Gambar Hiasan

Cara pencegahan

Sentiasa basuh tangan dengan bersih selepas berkebun atau sebelum penyediaan makanan. Basuh makanan dengan bersih sebelum dimasak dan elak memakan makanan separuh masak jika boleh. Telur cacing musnah pada suhu tinggi jadi masak dengan sempurna. Last sekali ambil ubat cacing setiap 6 bulan, boleh beli di farmasi berdekatan.

Rawatan.

Rawatan utk semua jenis cacing jika dijangkiti adalah Albendazole. Ada dalam bentuk tablet atau cair. Juga boleh guna tetracycline. Untuk pregnancy boleh ambil mebendazole.

Sumber : Ijat Tazzi

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.