Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ramai Tak Tahu Minum Susu Kambing Mentah Boleh Dijangkiti Kuman Dan Boleh Membawa Maut

Sebelum anda melakukan sesuatu, paling penting adalah anda perlu tahu sama ada ia selamat atau tidak. Hal ini untuk para ibu dan bapa tidak membuat kesilapan besar yang boleh meragut nyawa. Ramai yang tertanya-tanya, bolehkah susu kambing di minum secara mentah?

Semua orang belum tahu bahawa susu kambing mentah sebenarnya sangat mudah terdedah dengan kuman bahaya yang boleh meragut nyawa seseorang jika mengambilnya secara berterusan.

Kuman yang bahaya itu adalah kuman Brucelosis Brucella merupakan sejenis kuman yang boleh menjangkiti haiwan ternakan terutamanya kambing. Ianya sangat mudah dijangkiti dan berbahaya lebih-lebih lagi kepada ibu mengandung dan bayi.

Ini adalah beberapa bukti di mana susu kambing mentah adalah sejenis minuman yang berbahaya jika tidak memprosesnya dahulu sebelum minum.

1. Seramai 8 individu telah dijangkiti dengan wabak brucellosis akibat meminum susu kambing MENTAH daripada sebuah ladang ternakan kambing.

2. Siasatan mendapati, susu mentah yang diminum oleh mangsa telah dicemari dengan kuman Brucella. Sejenis kuman merbahaya yang boleh menyebabkan maut.

3. Pengusaha ladang kambing yang terletak di Pulau Indah Klang telah didakwa dimahkamah kerana menjual susu mentah kepada pelanggan.

4. Hal ini adalah bertentangan dengan Akta Makanan 1983 dan Mahkamah Majistret Klang telah menjatuhkan hukuman denda RM 1000 atau penjara tidak melebihi 2 minggu. 

Kebanyakkan orang minum susu secara mentah kerana percaya ia dapat meningkatkan ketahan badan, sebagai tonik hati atau untuk merawat penyakit-penyakit tertentu iaitu penyakit demam kuning.

Berhati-hatilah sebelum minum susu mentah kerana ia adalah satu medium utama pertumbuhan bakteria termasuk kuman Brucella dan Mycobacterium. Menurut pakar, mereka menyarankan kepada mengusaha untuk mematuhi Peraturan Kebersihan Makanan 2009 iaitu tidak boleh menjual susu yang tidak diproses.

Jadi, sebelum anda mengambil sesuatu makanan atau minuman pastikan ia selamat untuk digunakan.

Sumber: Public Health Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang