Siakap Keli

Tak Tahan Asyik Kena Leter Dengan Mak, Lelaki Lepas Geram Campak Bayi Sendiri Dari Tingkat Enam

Anak merupakan pemberian Tuhan yang paling bernilai bagi seseorang yang bergelar ibu bapa. Akan tetapi, kadangkala, ada di antara kita yang hilang pertimbangkan sehingga sanggup menyakiti malah membunuh darah daging kita sendiri.

Bercakap mengenai, satu kes pembunuhan bayi telah berlaku di kawasan Sichuan, barat daya China baru-baru ini. Suspek, seorang lelaki berusia 29 tahun dikatakan telah mencampak bayi lelakinya sendiri yang baru berusia satu tahun keluar melalui tingkap dari kediamannya di tingkat enam.

Semasa kejadian, suspek didakwa baru pulang dari bekerja dan sedang berehat sambil bermain-main dengan anak lelakinya itu. Bagaimanapun, ibunya dilaporkan telah meleterinya mengenai masalah kewangan yang dihadapi sehingga menyebabkan mereka bertengkar.

Tingkap di mana bayi itu didakwa dicampak keluar(Foto: Handout/SCMP)

Oleh itu, akibat tidak tahan dileteri ibunya, suspek telah bertindak diluar kawalan apabila tergamak mencampak keluar anaknya sendiri keluar tingkap dari kediaman mereka.

Selepas itu, ibu suspek terus berlari turun ke kawasan bawah kediaman mereka untuk mendapatkan mangsa sambil menangis. Apabila tiba di sana, beliau mendapati bayi tersebut tidak lagi bernyawa lantas dia memangkunya sambil menangis kuat.

Selain daripada masalah kewangan, suspek yang bekerja sebagai pemandu perkhidmatan e-hailing itu juga dikatakan sedang menghadapi masalah rumahtangga bersama isterinya.

Dia telah berjaya ditahan oleh pihak berkuasa China namun, tiada sebarang maklumat mengenai isterinya telah dilaporkan.

Sumber: South China Morning Post

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi