Siakap Keli
Gambar Hiasan(ViralPress/News18)

Bertengkar Kerana Wi-Fi, Pasangan Warga Emas Ini Hampir Kehilangan Nyawa Di Tangan Anak Sendiri

Bermain permainan video pada dasarnya tidak salah, asalkan seseorang itu pandai menguruskan masa dan tidak mengabaikan tanggungjawab diri, keluarga dan agama.

Akan tetapi, percaya atau tidak, ada di antara kita yang kadangkala hilang pertimbangan akibat dari bermain games? Ya, buktinya, seorang lelaki yang ketagih bermain games didakwa telah cuba membunuh ibu bapanya kerana mengganggu hobinya itu.

Menurut apa yang diceritakan ibu bapanya kepada sumber, lelaki berusia 29 tahun itu pulang ke rumah dalam keadaan mabuk pada waktu malam dan mula bermain games pada telefon pintar dengan volume yang agak tinggi.

Foto: ViralPress/Mirror

Ketika itu, kedua ibu dan bapa tirinya sedang tidur dan berasa terganggu dengan bunyi bising yang dari telefon suspek. Tidak tahan dengannya, bapa tirinya yang berusia 52 tahun telah bangun dan mencabut kotak wi-fi.

Ibu bapa suspek(Foto: ViralPress/Mirror)

Perbuatan itu telah menyebabkan suspek naik marah seterusnya mencaci lelaki tersebut sebelum menumbuk dinding rumah. Bapanya berkata, dia tiada pilihan lain selain terpaksa memukul sispek untuk menenangkannya.

Suspek kemudiannya masuk tidur dan ibu bapanya menjangkakan ia telah berakhir di situ. Namun, apabila mereka bangun keesokan paginya, ibu suspek mendapati air perigi di rumah mereka mengandungi racun perosak tidak larut ketika ingin mengambil air untuk memasak nasi.

Air dengan racun perosak dari perigi di rumah suspek(Foto: ViralPress/Mirror)

Beliau ternyata sangat terkejut dan tidak sangka anak lelakinya itu sanggup cuba membunuh dirinya dan suaminya akibat kejadian malam sebelumnya itu.

Ditanya bagaimana dia yakin itu perbuatan anak lelakinya, beliau memberitahu ternampak suspek sedang memasukkan sesuatu dalam balang pada malamnya.

Beliau bertanyakan apa yang sedang dilakukan anaknya itu namun tidak diendahkannya. Menganggap anaknya masih dalam keadaan mabuk, wanita berkenaan masuk kembali ke bilik tidurnya.

Malah, anak lelakinya juga telah mengaku cuba meracun kedua orang tuanya kerana masih marah dengan kejadian malam tersebut. Ibunya telah menghubungi pihak berkuasa dan berharap pihak hospital dapat merawat masalah anaknya yang cepat hilang pertimbangan.

Sumber: Mirror UK

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi