Siakap Keli
Gambar Hiasan

Budak Lelaki Lemas Ketika Keluarganya Sedang Enak Tidur

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun maut akibat lemas semasa bermain di sebuah Taman Tema di Greece semasa bercuti bersama-sama keluarganya.

Menurut ibunya pada pihak berkuasa, dia menyedari anaknya itu sudah bangun tetapi tidak menyangka mangsa akan ke kolam tersevut secara bersendirian. Percutian keluarga itu bertukar tragedi apabila anak mereka maut dalam kejadian yang tidak diingin itu.

Usaha untuk menyelamat mangsa gagal kerana kanak-kanak tersebut sudah meniggal sejurus pihak keselamatan tiba. Hal ini menyebabkan pengurus hotel dan ibu bapa mangsa ditahan untuk siasatan kerana disyaki membunuh dan membahayakan kehidupan kanak-kanak.

Menurut jurucakap Polis Greece, perkara biasa jika ibu bapa ditahan dalam keadaan seperti itu walaubagaimanapun mereka dibebaskan dari tahanan tersebut jika kes tersebut selesai.

 

Sumber : Metro.co.uk

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang