Siakap Keli
Gambar : Cambodian Childrens Fund

Dari Pemungut Sampah Kini Bakal Pemegang Ijazah, Kisah Gadis Ini Jadi Inspirasi Netizen

Semua orang punyai cita-cita dan impian untuk dicapai dan dimiliki. Namun takdir yang tersusun sudah termaktub, setiap perjalanan dan destinasi berbeza. Justeru ada yang berjaya mencapai mimpi dengan mudah dan ada juga yang tersungkur ketika ‘melompat’ untuk menggapainya.

Begitulah yang dilalui oleh gadis bertuah, Sophy Ron yang tidak dihantar ke sekolah sehingga beliau berumur sebelas tahun. Beliau telah dijumpai oleh salah seorang pelajar Cambodian Childrens Fund (CCF) sebuah organisasi pendidikan yang di asaskan di daerah termiskin di Cambodia.

Gambar : Cambodia Childrens Fund

Lebih mengangumkan apabila Sophy telah diberikan biasiswa penuh tajaan CCF untuk pergi ke melanjutankan pengajian asasinya dan telah diterima masuk untuk menyambung Ijazah Sarjana mudanya di University of Melbourne.

Beliau juga diberikan penghormatan sebagai valedictorian untuk menyampaikan ucapannya di upacara penutup di majlis graduasinya.

Gambar : Cambodia Childrens Fund

Pencapaiannya begitu membanggakan untuk seorang yang tidak hadir ke sekolah hingga usia sebelas tahun. Sophy yang dahulunya menghabiskan masa mengutip dan mengasingkan sampai bagi mendapatkan wang untuk ibubapanya.

Dia juga pernah memakan sisa makanan untuk meneruskan kehidupannya.

Gambar : Cambodia Childrens Fund

Begitulah kehidupan, kita tak tahu apa yang bakal menanti kita di masa hadapan. Apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha dan berdoa supaya segalanya dipermudahkan. Jangan sesekali putus asa sebelum mencuba.

Gambar : Cambodia Childrens Fund

Sumber : Cambodian Childrens Fund

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.