Siakap Keli
Sumber: Sebenarnya.my

Demi Masa Depan, Cadangan Tempat Terbaik Simpan Duit Raya Anak-Anak, Siap Dapat Dividen

Masih tidak tahu nak buat apa dengan duit raya yang diterima anak-anak anda?

Usah fikir lagi, laburkan saja dalam unit amanah ASB atau ASB 2 (Akaun Remaja/Bijak) untuk membina tabungan demi masa depan mereka. Kalau sudah ada tabungan nanti, mudahlah untuk mereka gunakan apabila memerlukan kelak.

Bagaimana menyertai kempen ini?

Caranya mudah sahaja, buka akaun ASB/ASB2 untuk anak-anak anda atau buat pelaburan tambahan dalam akaun sedia mereka sepanjang tempoh kempen dari 7 Jun hingga 11 Ogos 2019.

Dimana nak melabur? Pilih saja satu daripada cara berikut :

  • Cawangan ASNB
  • Ejen ASNB
  • Secara online menerusi portal myASNB atau
  • Perbankan Internet menerusi Maybank2U/CIMBClicks/AffinOnLine/ RHB Now

Penyertaan adalah secara automatik apabila anda melabur dengan unit ASB atau ASB 2.

Kredit Foto: Diyanazman

Apa yang paling susah, bagaimana nak pujuk anak anda supaya setuju untuk melabur?

Tip mudah dari kami

Gunakan formasi 10:20:70 iaitu benarkan anak anda membelanjakan 10% daripada duit yang diterima untuk diri mereka sendiri, galakkan mereka berkongsi 20% daripadanya untuk bersedekah atau berkongsi rezeki dengan keluarga adik beradik atau kawan-kawan mereka manakala 70% lagi diketepikan untuk simpanan dan pelaburan.

Dengan cara ini, anda dapat mendidik anak-anak anda untuk menggunakan wang mereka secara berhemah dan pada masa yang sama, melabur untuk masa depan.

Jom jadikan Aidilfitri sebagai wadah untuk anak-anak anda mengenal cara mengurus wang yang terbaik untuk dijadikan amalan pada masa depan.

*Untuk terma dan syarat serta maklumat lanjut, sila klik link berikut : http://www.asnb.com.my/laburraya.php

Foto: FB ASNB

Kredit: Amanah Saham Nasional Berhad

Daus Ishak

Jangan terpaku terlalu lama dengan kejayaanmu