Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ibu Alami Depresi Dakwa Anak 4 Tahun Dicabul Sampai Tak Percaya Suami Sendiri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menjadi ibu yang bahagia adalah idaman semua ibu. Kita mahu jadi ibu yang sentiasa prihatin, mendengar, menjaga semua keperluan dan menjadi pelindung anak-anak. Namun, ianya tidak semudah yang disangka.

Tuntutan tersebut kadangkala mendesak seseorang ibu untuk tertekan dengan rutin harian. Apabila ibu kena bekerja untuk membantu keperluan ekonomi keluarga, kadang-kadang seseorang itu akan merasa dirinya tidak ada masa berkualiti bersama anak-anak.

Apa yang dikongsikan ini sangat mainkan perasaan seorang ibu di mana dia diuji dengan dugaan besar iaitu wanita ini mengalami major depression disorder (MDD). Menurut  Firdaus Mokhtar, seorang motivator  di laman Facebooknya, beliau telah berkongsi pengalamannya berjumpa dengan seorang ibu yang menjalani rawatan di sebuah hospital.

“Saya tak percaya siapa-siapa!” 

Itulah ungkapan seorang wanita yang bergelar ibu mengalami masalah tekanan perasaan akibat perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab ke atas anak perempuannya yang berusia 4 tahun.

Pada mulanya dia tak banyak bercerita. Namun akhirnya dia berani untuk buka mulut. Dia bukan sengaja untuk tidak ke tempat kerja, kerap ambil cuti tahunan hingga habis dan pernah ambil cuti tanpa gaji. Pada hujung bulan, gajinya sedikit. Itu yang menyebabkan tekanan pertama.

Pesakit ini dirujuk ke hospital kerana major depression disorder (MDD). Dia jadi marah tiba-tiba. Menangis tiba-tiba tanpa sebab. Terlalu berfikir dan selalu berdebar-debar. Takut dengan macam-macam benda.

“Saya tak sangka anak dia buat macam tu. Anak lelaki dia baru tingkatan 1,” air mata pesakit tadi mula jatuh. Dia mula tak tenteram.

Ceritanya berkaitan anak perempuan yang berusia 4 tahun dicabul oleh anak lelaki pengasuhnya yang berusia 13 tahun. Dia tidak pernah tahu berapa lama ianya terjadi. Cuma pada akhir-akhir itu, anaknya mengadu sakit pada kemaluan masa dia ingin mandikan anaknya itu. Anaknya berkata remaja tersebut masukkan jari ke dalam kemaluannya.

Ibu mana yang tidak luluh perasaan mendengar rintihan anak itu yang dijaga rapi diperlakuan begitu oleh orang lain.

Selepas kejadian itu, dia dimarahi oleh bekas pengasuhnya kerana terlalu percayakan budak yang berusia 4 tahun. Daripada hal itu, dia tetap berkeras untuk laporkan kepada polis dan rujuk pemeriksaan hospital memang pihak hospital mengesahkan anaknya dicabul.

Maka sejak itu pesakit ini tadi tidak percayakan siapa-siapa. Termasuk timbul ragu-ragu dan ketakutan kepada suami sendiri. Jadi depresi. Dia tak pergi kerja sebab dia nak pastikan dia sendiri jaga anak dia. Tengok depan mata. Ada selalu sebelah anak dia. Begitu.

Bukanlah niat motivator ini untuk menimbulkan ketakutan kita buat orang sekeliling kita. Tapi kita kena bertindak dengan mendidik anak-anak kita tentang perkara ini. Maka pesanannya;

1. Ajar mereka soal menjaga kehormatan mereka daripada disentuh oleh orang lain. Sesiapa sahaja dilarang menyentuh kemaluan mereka. Sebut sungguh supaya kes begini boleh kita jauhkan.

2. Berhati-hati memilih pengasuh. Kenali juga keluarga terdekat pengasuh. Suami dia kerja atau tidak, anak pengasuh umur berapa, ada sesiapa lagi tak yang tinggal di rumah pengasuh.

3. Ajar anak sensitif dengan persekitaran. Rajin berbual dengan anak-anak. Supaya anak-anak tidak rasa janggal untuk berkongsi masalah dengan kita.

Bila kes macam ini berlaku, kesannya bukannya kecil. Bukan satu-satu keluarga tapi mungkin akan meruntuhkan sebuah rumahtangga. Rumahtangga mangsa tahu, bukan rumahtangga si pemangsa.

Kesannya juga akan kekal lama. Pada emosi mangsa dan keluarga mangsa tadi. Boleh jadi Post Traumatic Stress Disorder bertahun lama.

Semoga kita dijauhkan dengan perkara ini dan sentiasa berada dibawah lindunganNya.

 

Sumber: Firdaus Mokhtar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang