Siakap Keli
Foto: FB Nor Syahidah

”Ikut Bajet Masing-Masing”, Majlis Kahwin Ringkas Tapi ‘Style’ Wanita Ini Tarik Perhatian Warga Maya

Perkahwinan adalah antara momen terindah dalam hidup setiap insan yang sudah mendirikan rumah tangga. Disaat akad selesai dilafazkan, bersatulah hati dua insan yang saling menyayangi antara satu sama lain.

Walaubagaimanapun, kadangkala ada di antara kita yang terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana risau tidak mampu untuk menanggung kos belanja untuk berkahwin terutamanya majlis perkahwinan.

Tidak dinafikan, kos menguruskan majlis perkahwinan agak tinggi hari ini termasuklah bagi membayar pakaian bersanding, pelamin dan sebagainya.

Namun, sekiranya kita pandai menguruskan sumber yang sedia ada, tidak mustahil banyak wang yang dapat dijimatkan dan majlis kita juga kekal menarik.

Itulah yang cuba dikongsikan oleh Nor Syahidah dalam satu kiriman yang dibuat beliau di laman Facebook-nya baru-baru ini.

Assalamualikum, harini Sya(Syahidah) rasa nak share sikit bajet yang habis untuk majlis perkahwinan Sya haritu. Memang Sya bajet semua, tak minat over. Simple but nice je .

Sharing is caring untuk bakal pengantin, tak perlu takut untuk kahwin ya . Semua takut sebab punca utama adalah duit, tapi kalau kita pandai pilih okay je. Tak perlu habiskan duit hingga puluhan ribu. Ikut bajet masing masing.

Okay tak bawah ni Sya nyatakan semua kos :

1. Mas kahwin

Foto: FB Nor Syahidah

Di negeri Kelantan, hanya wang hantaran sebab mas kahwin tidak ditetapkan kecuali negeri lain. Wang hantaran ni untuk pengantin perempuan sepenuhnya. Melainkan pihak perempuan setuju untuk membelanjakan wang tersebut untuk belanja kenduri.

2. Hantaran
Yang ni Sya okay je, tak nak membazir. Beli barang yang kita guna je, tak mahal pun takpe. Bergantung pada individu . Sya buat 7 dulang berbalas 7 je.

Foto: FB Nor Syahidah

Ini contoh belanja barang hantaran (par):
* Kain pasang – Sponsor
* Handbeg – Beli IG Charles keith RM150
* Set Mandian – SASA RM55
* Telekung & Sejadah – MIL Sponsor
* Coklat duty free – RM80
* Pulut kuning – Nenek buat
* Sireh junjung – Sebab merisik sekali tunang haritu tak bawa, so kita ikut adat

Total : RM 285

3. Cincin
Sebagai hadiah untuk pengantin perempuan, bajet maksimum 500-800 . Tapi yang ni Sya berkenan cincin italian, so Sya tambah RM300 je . Yang lain husband Sya bagi. Sya tempah dekat Wan Hussin Wan Zaki (Kedai dkt restoren Wau kb)

Total: RM300

4. Bridal – Warna Warni Bridal

Pelamin ni Sya booking dengan WWB, memang servis tiptop. Harga dengan kualiti setanding. Bajet ikut kemampuan customer, boleh bagi gambar contoh mcm mana nak. Kalau yang latest dari bridal lain pun takpe. Kalau dapat buat dia buat. Bagus sangat.

RM2500 pakej Sya ambil termasuk :
* Pelamin
* Full carpet
* Baju sepasang
* Makeup 1x
* Stage par
* Meja beradap
* Payung
* Pelapik nikah
* Bunga tangan
* Accessories

Berbaloi tak? Hahahaha
Berbaloi sangat. Cantik, theme gold white campir hijau daun je.

Total : RM2500

5. Meja beradap
Yang ni pun Sya tak perlu keluarkan duit sebab dah termasuk under pakej bridal tadi. Cantik sangat-sangat, tak perlu keluarkan duit

6. Baju akad nikah
Baju akad nikah ni Sya tempah jahit je, pastu beads tu jahit sendiri. Gigih sebab sebulan tak kerja puasa semua buat sendiri.

Belanja jahit baju :
* Kain duchess jakel (offwhite) – RM100 4M
* Veil – RM18 1M (Sya tak letak bead ke ape, nak simple. Buat bentuk je)
* Beads – Cintaku RM30
* Upah jahit – RM90 (Kalau jumpa tailor murah lagi jimat uols. Dengan harga ni baju Sya pun memang cantik terletak)

Total : RM238

7. Mekap
Mekap ni Sya tak perlu hire sebab under pakej bridal dah ada 1x makeup, so Sya guna untuk bersanding. Akad nikah make up sendiri je, lagipun majlis malam tak lama so simple2 pun dah cukup hahahaha kan?

Total : RM0

8. Photografi – Hazeem Ghazali

Foto: FB Nor Syahidah

Yang ni Sya paling cerewet nak pilih sebab sya nak kualiti gambar yang cantik, tak sangka yang Sya dapat pun sangat cantik. Sangat berpuas hati, wowwwww gittew

RM1550 termasuk :
* Akad nikah
* Sanding
* Free outdoor

Total : RM1550

9. Khemah
Khemah ni kakak Sya yang sponsor terima kasih sponsor khemah dua biji kos untuk dua ni RM570. Sya dah jimat kat sini

Total : RM0

10. Doorgift
Buntu nak letak apa so Sya decide letak apa yang termampu je. Untuk 500pax undangan Sya buat ni 700pax, perlu lebihkan sebab tkut tak cukup.

Kos untuk doorgift RM800 macam tu. Ni bergantung pada bajet uols la yer

11. DJ
Yang ni Sya tak hire sebab anggaran RM300-RM450 untuk hire dj. Tak nak membazir, abang ipar tolong handle speaker dan download lagu je. Majlis pun tak sunyi.

12. Baju sanding

Foto: FB Nor Syahidah

Dah termasuk dengan pakej, memang berbaloi sangat. Pelamin cantik + baju cantik 😍

13. Kad kahwin – @ajkadkahwin (Instagram)
AJ Kad Kahwin
Yang ni Sya ambil dengan aj kad, tuan senang berurusan. Sya pun orang senang, Sya lgi memudahkan kerja.

Sya buat 500pcs RM199 termasuk:
* Kad 500pcs
* Sampul 500pcs
* Banting 1
* Arrow 2 ( Kalau kecil bleh buat 4)

Total : RM199

14. Bunga telur
Bunga telur ni sya beli untuk pihak lelaki dan kawan kawan je 200pcs . Beli kat Rantau Panjang

Total : RM100

15. Jamuan makan
Yang ni buat gotong royong je, dekat kampung so ramai yang datang menolong. Lauk pun ada sampai ke malam, kalau catering pukul 6 je paling lama.

Anggaran daging ayam semua lepas bayar guna duit (ngele) dari tetamu & sanak saudara. So Ma(mama) Sya perlu tambah RM2000 untuk bahan mentah lain lain untuk dua hari majlis Jumaat malam (Akad nikah) & Sabtu (Sanding) . Lagipun selain gulai ada bubur, laksa, mee celup(lain pada lain skit) dan kuih muih

Total : RM0 (Ma sponsor)

Alhamdulillah semua selesai berjalan dengan lancar tambahan ramai yang support, sya pun biasa biasa je cuma ada keluarga yang tak lokek untuk menolong.

Terima kasih semua, suami (Hanif Lokman ) serta Ma, Abah, Adik beradik serta ahli keluarga yang support dari segi tenaga sebelum majlis hingga selesai.

Boleh share, kalau rasa membantu bakal pengantin. Goodluck uols, pilihan di tangan anda.

Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa ini bukanlah perkongsian mengenai perkahwinan bajet, akan tetapi ia lebih kepada pengurusan sumber sedia ada serta pemilihan pakej majlis perkahwinan yang tepat dapat membantu pasangan yang ingin berkahwin.

Bagi pasangan-pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga di luar sana, suka kami ingatkan agar sentiasa bijak dalam berbelanja dan berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan.

Sumber: FB Nor Syahidah

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi