Siakap Keli
Foto: Az Zahar/Info Kemalangan Jalan Raya(IKJR)

Kereta Polis Turut Jadi Mangsa, Kemalangan Ngeri Babitkan Beberapa Kenderaan Di Sungai Buloh

Satu kemalangan teruk dilaporkan berlaku di Kilometer 457.6 arah Selatan dari Sungai Buloh ke Bukit Lanjan sebentar tadi yang melibatkan sekurang-kurangnya enam kenderaan.

Turut terlibat dalam kemalangan tersebut ialah sebuah kenderaan milik Polis DiRaja Malaysia serta sebuah kereta milik anggota tentera, menurut kepada nombor pendaftarannya.

Foto: Az Zahar/Info Kemalangan Jalan Raya(IKJR)
Foto: Az Zahar/Info Kemalangan Jalan Raya(IKJR)
Foto: Az Zahar/Info Kemalangan Jalan Raya(IKJR)
Foto: Az Zahar/Info Kemalangan Jalan Raya(IKJR)

Melihat kepada imej yang tular di laman Facebook, antara kenderaan lain yang terlibat ialah sebuah Toyota Vellfire, sebuah Chery Eastar serta sebuah lori. Manakala sebuah lagi kereta tidak dapat dikenalpasti.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai keadaan mangsa telah dilaporkan setakat ini.

Sumber: FB Az Zahar/Info Kemalangan Jalan Raya(IKJR)

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di