Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Mayat ‘Houdini’ India Yang Hilang Ketika Melakukan Aksi Lagak Ngeri Ditemui

Mayat ahli silap mata yang hilang selepas ditenggelamkan di dalam sungai ketika melakukan aksi lagak ngeri sambil badannya diikat dengan rantai besi dilaporkan telah dijumpai oleh polis.

Pihak berkuasa sebelum ini mengkhuatiri bahawa Chanchal Lahiri telah lemas selepas cubaan melakukan aksi lagak geri yang diinspirasikan oleh Houdini di sungai Hooghly tidak berjaya dilakukan.

menurut timbalan pesuruhjaya polis Kolkata, Syed Waquar Raza, pasukan penyelamat telah berjaya menemui mayat Lahiri pada isnin lalu.

Chanchal Lahiri yang juga dikenali sebagai ‘Jadugar Mandrake’ menerusi nama pentasnya telah ditenggelamkan di dalam sungai Kolkata pada ahad lalu dengan memakai kostum yang berwarna merah dan kuning.

Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan oleh pasukan penyelamat telah mula dilakukan pada hari ahad lalu sejurus selepas mereka mendapati bahawa Lahiri tidak timbul ke permukaan selepas melakukan aksi lagak ngerinya itu.

Selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat itu dijalankan, mayat Lahiri yang lengkap berkostum itu akhirnya dijumpai pada hari ini.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right