Siakap Keli

Puluhan Makanan Sedap, ”Liker” Siakap Keli Di Jemput Ke Rumah Terbuka IJM Land Pada 22 Dan 30 Jun Ini

Ketika membaca artikel ini, pasti kebanyakan daripada korang dah pulang dari kampung halaman selepas pulang untuk cuti beraya, bukan? Jangan bersedih, itu tidak bermakna raya sudah habis. Raya kan sebulan.

Untuk korang yang masih lagi belum habis mood raya tu, apa kata kita ramai-ramai pergi ke Rumah Terbuka IJM Land Bersama Team Siakap Keli, ERA & ZAYAN pada 22 Jun dengan 30 Jun ini. Rumah terbuka ini akan diadakan di Galeri Jualan IJM Land, Bandar Puncak Alam(22 Jun) dan Pejabat Jualan IJM Land, Seremban 2(30 Jun).

Ramai Artis Popular Yang Akan Hadir

Rumah terbuka itu nanti akan diceriakan dengan kehadiran selebriti terkemuka tanah air seperti Misha Omar, Ayda Jebat, Hael Husaini serta penyampai radio terkenal termasuk Daniel, Dina dan Haniff dari ERA serta Mawi dan Anas dari ZAYAN.

Kredit: IJM Land

Malah, untuk korang yang datang awal mungkin akan berpeluang untuk bertemu dengan skuad Pentas Dak Dak ERA sebelum majlis itu bermula nanti.

Team Pentas Dak-Dak Era pun ada tau..

Kalau dapat ambil gambar dengan artis popular, bolehlah korang post dekat Instagram ke, Facebook ke nanti. Jangan lupa tag artis-artis yang korang bergambar tu, mana tahu ada yang respond, mesti kawan-kawan cemburu. Kalau tak nak diorang cemburu, ajaklah kawan-kawan ikut sama pergi rumah terbuka ni nanti.

Bukan Rumah Terbuka Biasa-biasa Tau..

Ya, Rumah Terbuka IJM Land ni bukan macam rumah terbuka biasa yang kita pergi dekat tempat lain ya. Ada macam-macam aktiviti menarik yang korang boleh buat di sana.

Kredit: IJM Land
Kredit: IJM Land
Kredit: IJM Land

Antaranya ialah korang boleh main Giant Bubble atau join games menarik macam Balas Pantun dan Kira Duit Raya Guna Sarung Tangan Tinju. Hadiah pula bukan biasa-biasa, korang yang join games tu berpeluang untuk menang gajet tau.

Kredit: IJM Land
Kredit: IJM Land

Bukan itu sahaja, pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan untuk dinikmati seperti sate, lemang, nasi impit, teh tarik dan banyak lagi. Memang terasa macam dekat kampung lagi.

Kredit: IJM Land
Kredit: IJM Land

Ha, special-kan Rumah Terbuka IJM Land Bersama ERA & ZAYAN ni? Bukan sahaja juadah sedap-sedap, tapi aktiviti menarik pun banyak. Nak bergambar pun mesti cantik.

Sempena sambutan hari raya kali ini, pihak IJM Land juga telah mengeluarkan satu muzik video hari raya dan korang boleh tontoninya di bawah:

Jadi bagi sesiapa yang berkesempatan dan berada di kawasan berhampiran, jangan lepaskan peluang untuk datang ke Rumah Terbuka IJM Land Bersama Siakap Keli, ERA & ZAYAN ini nanti.

Siapa tahu, korang mungkin tidak pulang dengan tangan kosong serta berpeluang untuk ber-selfie bersama selebriti kegemaran korang di sana nanti. Tunggu apa lagi, jangan lupa lapangkan masa korang pada 22 Jun dan 30 Jun nanti okay. Ajak keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan sekali ya.

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi