Siakap Keli
Gambar Hiasan

Tidur Dengan Lampu Terbuka Meningkatkan Risiko Obesiti, Ini Penjelasannya

Statistik terbaru yang diperolehi oleh Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015 menyatakan bahawa Malaysia telah ‘diiktiraf’ sebagai negara obes. Ia turut menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mempunyai rakyat paling ramai obesiti di Asia

Gambar : Picfair

Sebenarnya terdapat pelbagai punca yang menyumbang ke arah ini antaranya adalah pengambilan makanan secara tidak terkawal, kurang bergerak, bersenam atau membuat sebarang aktiviti fizikal. Selain itu, ianya turut dipengaruhi oleh faktor jantina, genetik, usia penyakit dalaman mahupun pengambilan ubat-ubatan.

Namun, tak ramai yang tahu, anda yang suka tidur dengan lampu terbuka mahupun televisyen yang terpasang akan mengalami peningkatan berat badan.

Gambar : Wired

Benar, kajian terkini yang melibatkan 43,722 wanita di US mendapati individu yang tidur dalam keadaan TV atau lampu terpasang dikaitkan dengan

[1] Peningkatan 5kg berat badan atau lebih
[2] Peningkatan risiko 10% BMI
[3] Risiko lebih tinggi untuk berlebihan berat badan atau obesiti.

Kajian yang dilakukan pada haiwan di makmal menyokong hipotesis kesan cahaya lampu kepada melatonin regulasi ‘body clock” yang mengawal masa tidur- sedar manusia.

Walaupun faktor pendedahan kepada cahaya lampu boleh menyebabkan peningkatan berat badan, pengambilan makanan berkalori tinggi dan gaya hidup tidak aktif tetap merupakan punca utama obesiti.

Rujukan 

Park YM, White AJ, Jackson CL, Weinberg CR, Sandler DP. Association of Exposure to Artificial Light at Night While Sleeping With Risk of Obesity in Women. JAMA Intern Med. Published online June 10, 2019. doi:10.1001/jamainternmed.2019.0571

Sumber : Public Health Malaysia & New York Times 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.