Siakap Keli

Boleh Jadi Memori Indah Atau Terpahit, 7 Perkara Ini Buat Anak Akan Ingat Bila Dewasa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mendidik anak untuk membesar dengan baik bukanlah satu tugas yang senang. Tetapi tidak juga mengabaikan mereka. Walaupun perangai setiap anak-anak berbeza sudah pasti semua ibu bapa inginkan pendidikan yang terbaik untuk mereka berjaya suatu hari nanti.

Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya. Mereka diibaratkan seperti kain yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna tertentu.

Jika kita menyuruh anak-anak menguruskan masa dengan baik sedangkan kita sendiri sentiasa tidak menepati waktu dan sering tertangguh, maka mereka lebih mudah terikut-ikut dengan apa yang mereka lihat kita lakukan.

Mari kita teliti 7 perkara yang pastinya dianggap remeh tetapi akan menjadi ikutan anak-anak apabila mereka meningkat dewasa. Perkongsian bermakna ini daripada Mohd Fhais di laman Facebooknya.

1. Cara ayah dan mak berkomunikasi

Sedar atau tidak anak memerhati setiap patah perkataan yang keluar dari mulut mak ayah. Setiap gerak bibir, setiap raut wajah dan setiap nada suara yang anak lihat dan dengar akan tersemat di “memori separa sedar” anak tadi.

Dukacitanya, tanpa kita sedar anak mengikut cara mak ayah berkomunikasi secara spontan. Walaupun anak tak suka tapi di sebabkan memori tadi sebati dalam diri anak kini mulut anak bergerak sendiri. Baik cara komunikasi ayah dan mak dulu maka baik la cara komunikasi anak dan pasangan dia nanti.

2. Tahap hormat yang ayah beri pada mak, dan mak beri pada ayah

Jika anak lelaki lihat benda ni akan menentukan samaada anak itu akan jadi seorang pembela atau penindas bila dah berkahwin. Bagi anak perempuan pula tahap hormat ini menentukan samaada dia jadi seorang yang taat atau derhaka pada suami.

3. Cara mak ayah kendali emosi

Apa yang kita tak sedar ialah, bukan darah sahaja yang anak warisi dari mak ayah malah cara mak ayah kendali emosi pun anak akan warisi bulat bulat. Jika dari sekarang anak terdedah dengan ego tinggi dan sikap bengis mak ayah maka bila dewasa kelak anak pun akan jadi seorang yang besar egonya dan teruk bengisnya. Kasihan pada bakal pasangan nanti.

Nak anak membesar jadi seorang yang tenang, maka mak ayah dahulu kena didik anak cara kawal emosi.

4. Masa paling gembira dengan kita

Boleh jadi memori terindah atau terpahit. 5 minit memori ni boleh beri impak 50 tahun pada hidup anak. Masa kecil kita nampak anak sama macam budak lain tapi bila meningkat dewasa kita akan perasan perubahan dari segi cara mereka hormati orang tua, cara melayan orang tua dan cara menghargai orang tua.

Setiap dari mereka berbeza. Apa yang kita semai dalam diri anak sekarang adalah apa yang akan kita tuai kelak. Ini janji dunia!

5. Memori rasa selamat dan tidak selamat

Normal bila anak kecil nampak orang tak kenal dia takut. Nampak anjing dia takut. Semua ni sebab dia tak biasa lagi, bila dah biasa dia ok. Tapi perkara yang paling anak GERUN dan ingat sampai bila-bila ialah ketika mak ayah yang biasanya baik, selalu peluk cium dia tiba-tiba menengking dan memarah.

Risau bila otak reptilia anak akan jadi liar. Samaada dia boleh move on, jadi ketakutan atau terus kaku bergantung pada cara mak ayah ‘urus emosi’. Jangan pelik ada anak masa kecil terlalu taat pada mak ayah tapi bila meningkat dewasa dia jadi derhaka pula.

6. Perkataan yang keluar dari mulut kita

Lidah setajam pisau. Luka dia lebih parah daripada luka biasa kerana sekali terluka impak dia kekal sampai ke tua. Mak ayah sekalian kalau nak anak sentiasa kuat berusaha dan kekal positif banyakkan bagi kata-kata yang membina dan kurangkan bagi kata-kata kritikan.

Sebagai contoh :

“Adik dah sekolah, kenapa tak pandai baca lagi” – kritikan

“Abi yakin adik boleh baca, mari sini abi tolong adik baca” – membina


7. Tradisi keluarga

Anak-anak menang jenis yang buat apa-apa secara spontan. Dia nak lari dia lari, dia nak makan dia makan. Tapi sebenarnya anak-anak adalah orang yang suka dengan rutin. Contohnya sebelum anak tidur kita bacakan buku cerita, seminggu sekali keluar beriadah di taman bersama keluarga atau setiap pagi hari raya semua anak beranak akan duduk dan bersalaman meminta maaf seterusnya ke kubur melawat arwah atuk dan nenek.

Rutin inilah yang akan jadi tradisi keluarga dan tanpa di sedari bila anak kita dah berumahtangga dan ada keluarga sendiri, dia pun akan ulang benda yang sama dengan anak isteri dia. Baik ajaran kita sekarang maka baik la yang anak akan contohi.

Ingatlah, membesarkan anak-anak bukan satu perkara yang singkat, secara tidak langsung ia memerlukan kita sebagai ibu bapa untuk memberi perhatian dan sokongan penuh dalam memebentuk anak cemerlang dunia akhirat. Percayalah, hubungan seorang anak dengan ibu bapa tidak putussehingga akhir ke akhirat.

Sumber: Mohd Fhais

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang