Siakap Keli

“Habis Tapak Kubur Pacak Tiang Kayu,” Kariah Masjid Bantah Projek LRT Ganggu Tanah Wakaf

Kariah-kariah Masjid Sg Nibong tebal bertindak melakukan perhimpunan aman di perkarangan masjid bagi membantah cadangan jajaran projek pembinaan LRT. Perkara ini timbul apabila projek tersebut didakwa bakal menjejaskan tapak pembinaan masjid baru yang diarah untuk diubah ke lokasi lain.

Cadangan tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kariah masjid kerana kawasan tersebut merupakan tanah wakaf masjid.

Sebelum itu, pihak masjid sendiri telah menggesa kariah untuk sama-sama memberi sokongan kepada kariah dan Mufti Pulau Pinang supaya lokasi masjid berkenaan tidak diubah.

Walau bagaimanapun, cadangan projek yang boleh menjejaskan lokasi masjid baru itu telah mengundang kemarahan dalam kalangan netizen dan ada juga yang memberi sokongan kepada pihak masjid.

“Tak payah pembangunan pun takpa kalau nak ganggu jejas tanah wakaf orang Melayu Islam”

“Nak maju pun tak mati aih pakai tanah wakaf”

Pereka fesyen terkenal Malaysia, Rizalman turut terkesan dengan tindakan kerana ramai jenazah saudara-mara telah disemadikan di kawasan perkuburan tersebut.

Sumber: Rizalman, Penang Kini

syafiq halim

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.