Siakap Keli

Polis Tunggu Keputusan Ketulenan Video Lucah Yang Dikaitkan Dengan Azmin

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu keputusan siasatan bagi menentukan ketulenan video lucah yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata siasatan kes berkenaan masih berjalan kerana ia disiasat secara menyeluruh.

Beliau berkata PDRM tidak menetapkan sebarang rangka masa untuk menyiapkan siasatan kes berkenaan.

“Tiada ‘time bar’ atau ‘deadline’ (tarikh akhir) yang ditetapkan dalam kes ini kerana kami mahu melakukan siasatan yang sempurna.

“Siasatan kami ‘across the board’ (menyeluruh), sesiapa saja yang dirasakan perlu bagi membantu siasatan kes ini akan dipanggil,” katanya kepada sumber selepas Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 15 sempena Aidilfitri 2019 di Bukit Aman, di sini.

Mazlan dalam pada itu turut menjelaskan tiada tangkapan baharu berkaitan kes berkenaan kerana siasatan sedang berjalan.

Sebelum ini, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu menafikan sekeras-kerasnya pembabitan beliau dalam kes video terbabit dan menyifatkan penyebaran video berkenaan berniat jahat untuk merosakkan imej dan prestasi beliau dalam politik.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.