Siakap Keli
Gambar: Corporate Maldives

Skytrax Umum Senarai Syarikat Penerbangan Terbaik Bagi Tahun 2019

Qatar Airways berjaya merampas takhta yang dipegang oleh Singapore Airlines sebagai syarikat penerbangan terbaik di dunia bagi tahun ini selepas diumumkan dalam majlis World Airline Awards yang dianjurkan oleh Skytrax.

Majlis penganugerahan yang telah memasuki tahun ke 19 itu boleh diibaratkan sebagai anugerah Oscar bagi industri penerbangan.

Segala anugerah yang dinobatkan itu datangnya dari tahap kepuasan yang dibuat oleh pelanggan sendiri menerusi ‘survey’ yang dijalankan pada lebih 21.6 juta pelancong yang meliputi 100 buah negara yang berbeza.

Menurut Skytrax, ‘survey’ yang dijalankan diantara tahun 2018 dan 2019 itu terdapat dalam enam jenis bahasa iaitu Inggeris, Perancis, Sepanyol, Rusia, Jepun dan China.

Carta bagi anugerah penerbangan terbaik 2019 itu telah diungguli oleh Qatar Airways disusuli dengan Singapore Airlines dan All Nippon Airways (ANA) yang menduduki tempat ketiga.

Wakil dari Skytrax iaitu Edward Plaisted menyatakan bahawa Qatar Airways mempunyai standard yang tinggi ditambah lagi dengan staf yang bekerja keras bagi menjaga kepuasan hati setiap pelanggan.

Syarikat penerbangan Singapura itu telah jatuh ke tangga kedua selepas setahun mengungguli carta tersebut. Singapore Airlines berjaya mengunggulinya pada tahun lepas kerana berjaya mengekalkan standard dari segi produk dan juga servisnya.

Walau bagaimanapun, Singapore Airlines tidak pulang dengan tangan kosong kerana mereka juga turut mengungguli carta bagi Syarikat Penerbangan Terbaik Asia, Krew Kabin Terbaik Dunia dan Penerbangan Kelas Pertama Terbaik Dunia.

Berikut merupakan senarai penuh anugerah penerbangan terbaik yang diumumkan oleh Skytrax bagi tahun 2019:

Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2019

Gambar: qatarisbooming.com
1. Qatar Airways
2. Singapore Airlines
3. ANA All Nippon Airways
4. Cathay Pacific
5. Emirates
6. EVA Air
7. Hainan Airlines
8. Qantas Airways
9. Lufthansa
10. Thai Airways

Penerbangan Paling Bersih Dunia  2019

Gambar: The Jakarta Post
1. EVA Air
2. Japan Airlines
3. ANA All Nippon Airways
4. Singapore Airlines
5. Asiana Airlines
6. Hainan Airlines
7. Swiss International Air Lines
8. Cathay Pacific
9. Qatar Airways
10. Lufthansa

Staf Kabin Terbaik Dunia 2019

Gambar: Sam Chui

1. Singapore Airlines
2. Garuda Indonesia
3. ANA All Nippon Airways
4. Thai Airways
5. EVA Air
6. Cathay Pacific
7. Hainan Airlines
8. Japan Airlines
9. Qatar Airways
10. China Airlines

Penerbangan Terbaik — Mengikut Benua

Eropah Utara — Finnair
Eropah Barat — Lufthansa
Eropah Timur — Aeroflot Russian Airlines
Afrika — Ethiopian Airlines
Australia / Pasifik — Qantas Airlines
Asia Tengah / India — Air Astana
China — Hainan Airlines
Amerika Tengah / Caribbean — Copa Airlines
Amerika Selatan — LATAM
Amerika Utara — Air Canada
Asia — Singapore Airlines
Timur Tengah — Qatar Airways
Eropah — Lufthansa

Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2019

Gambar: Finder
Afrika — Fastjet
Australia & Pasifik — Jetstar Airways
Asia — AirAsia
Asia Tengah / India — IndiGo
China — West Air
Amerika Selatan — Sky Airline
Southwest Airlines — WestJet
Timur Tengah — Flynas
Eropah — EasyJet

Katering Penerbangan Terbaik

Gambar: AirFrance
Ekonomi — EVA Air
Ekonomi Premium — Austrian Airlines
Bisnes — ANA All Nippon Airways
Kelas Pertama — Air France

Tempat Duduk Terbaik

Gambar: The Points Guy
Ekonomi — Japan Airlines
Ekonomi Premium — Virgin Atlantic
Bisnes — Qatar Airways
Kelas Pertama — Singapore Airlines

Best Regional Airlines

World’s Best Regional Airline — Bangkok Airways
Afrika — Royal Air Maroc
Asia — Bangkok Airways
Amerika Selatan — Azul Brazilian Airlines
Amerika Utara — JetBlue Airways
Asia Tengah / India — Azerbaijan Airlines

Ruang Menunggu Penerbangan Terbaik

Gambar: futuretravelexperience.com
Kelas Pertama — Swiss International Airlines
Business Class Lounge — United Airlines
Airline alliance lounge — Star Alliance Los Angeles
Independent airport lounge — Plaza Premium Heathrow Terminal Two
First class lounge dining — Air France

Servis Staf Terbaik

Afrika — South African Airways
Australia / Pasifik — Fiji Airways
Asia Tengah / India — Vistara
China — Hainan Airlines
Amerika Tengah / Caribbean — Copa Airlines
Amerika Selatan — Azul Brazilian Airlines
Amerika Utara — Delta Air Lines
Asia — Thai Airways
Timur Tengah — Flynas
Eropah — British Airways

Aqmal Ezany

I write what is right