Siakap Keli

(Video) Tragedi Pilu Terperangkap Dalam Rumah, Ibu Dan Anak Rentung Dalam Kebakaran

Gagal menyelamatkan diri kerana terperangkap dalam rumah, dua beranak menemui ajal akibat rentung dalam kebakaran yang berlaku di Sungai Udang, Klang awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa dipercayai tidak dapat keluar dari rumah tersebut berikutan pintu belakang rumah yang terkunci selain dihalang dengan alat perkakasan.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Menurut bomba, kejadian berlaku kira-kira jam 6.48 pagi sebelum anggota bomba tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

Dua mangsa yang merupakan ibu dan anak warga Indonesia berusia 48 tahun dan anak lelakinya berusia 18 tahun dijumpai rentung di dalam bilik air.

Sehingga kini, punca kejadian dan jumlah kerugian masih berada dalam siasatan.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di