Siakap Keli

Video Tular Pegawai Lengkap Berpakaian Seragam Didakwa Terima Wang Timbul Reaksi Marah Netizen

Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman dari kamera litar tertutup CCTV  yang memaparkan tindakan seorang pegawai menerima wang dari sebuah premis perniagaan di salah satu pusat membeli-belah, Petaling Jaya.

Menerusi rakaman yang berdurasi 15 saat itu, seorang pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya dilihat meluru ke arah kaunter juruwang untuk mengambil sesuatu.

Kemudian, juruwang kedai tersebut dilihat meletakkan wang di dalam kertas putih dipercayai resit lalu membungkusnya sebelum diserahkan kepada pegawai berpakaian seragam tersebut.

Walau bagaimanapun, wang yang diberikan oleh juruwang itu tidak dapat dipastikan atas tujuan apa. Dalam masa sama, netizen turut memberi pendapat yang berlainan terhadap isu terbabit.

Sumber: Akaun Twitter RASMI Badan Pemantau Jenayah

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa