Siakap Keli

(Video)”Daun Melambai-Lambai, Mungkin Angin Atau Arah Petanda”, Selepas Ramadan Keluarga Sambung Cari Acap Semula

Selepas lebih dua bulan, misteri kehilangan peserta larian trek, Mohammad Ashraf Hassan atau Acap masih lagi belum mampu dirungkai.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh abang mangsa melalui laman facebook Denny Lang, pencarian Acap telah diteruskan setelah sebelum ini dihentikan ketika umat Islam mula menjalani ibadah puasa. 15 Jun yang lalu merupakan tarikh genap 2 bulan 5 hari Acap hilang.

Denny Lang turut berkongsi beberapa keping gambar termasuk video melalui kemas kini terbaru dalam usaha pencarian yang dilakukan oleh mereka sekeluarga.

Katanya, hasil pencarian terkini yang dilakukan oleh pihaknya, mereka turut menemui banyak kesan-kesan terbakar di sepanjang laluan pendakian Batu Putih.

Saksikan gambar-gambar dan video dibawah misi pencarian Acap yang disambung semula.

Sumber: Denny Lang

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.