Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Wanita Malaysia Ditahan Polis Jepun Kerana Bawa Dadah

Kuala Lumpur : Kesetiaan seorang wanita terhadap kekasih warga Nigeria yang dikenali melalui aplikasi Tik Tok akhirnya memakan diri apabila wanita itu ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun, 28 Mei lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Kamarulzaman Mamat berkata wanita berusia 23 tahun itu ditahan selepas didapati membawa hampir dua kilogram dadah dipercayai jenis syabu.

“Mangsa yang berasal dari utara (Semenanjung) itu terpedaya dengan janji-janji lelaki Nigeria yang dikenali melalui aplikasi itu.

“Wanita terbabit juga diberi tiket penerbangan dan penginapan percuma di Jepun,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini hari ini.

Beliau berkata wanita itu masih ditahan di negara berkenaan dan pihaknya sedang berhubung dengan pihak berkuasa di Jepun berkaitan kes itu.

Dalam perkembangan lain, Kamarulzaman berkata anak kepada seorang menteri yang disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah dituduh di mahkamah pada 13 Jun lalu dan diberi ikat jamin berjumlah RM3,000.

”Tertuduh kini menunggu untuk dibicarakan bulan depan di mahkamah Kuala Lumpur,” katanya.

Januari lalu, Bernama melaporkan anak lelaki seorang menteri ditahan polis kerana disyaki positif dadah jenis ganja ketika berada di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, di sini.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.