Siakap Keli
Customers gather for the opening of an Apple Store in Hangzhou, Zhejiang province, January 24, 2015. REUTERS/Stringer

Terkini: Apple Cadang Pindah Pengeluaran Dari China Ke Malaysia

Apple Inc dalam usaha ‘memindahkan’ antara 15 hingga 30 peratus keupayaan pengeluaran mereka dari China ke negara Asia Tenggara.

Keputusan ini susulan daripada konflik perdagangan Amerika Syarikat – China yang berlaku sejak beberapa bulan lalu.  Pengeluar iPhone dalam pada itu memutuskan untuk tidak bergantung terlalu besar dengan pembuatan di China.

Negara-negara yang termasuk dalam pilihan pengeluaran luar adalah seperti Mexico, India, Indonesia dan Malaysia.

Apple sebelum ini telah menghasilkan model iPhone kos rendah di India, dan pada tahun lepas dilaporkan mempertimbangkan untuk memindahkan pengeluaran model yang lebih premium ke negara itu untuk mengelakkan tarif pada telefon pintar yang diimport.

Peralihan pengeluaran dari China ini akan menjadi proses ‘menyakitkan dan sukar’.

China memiliki tenaga kerja yang besar dengan kemahiran pekerja mahir, infrastrukturnya lebih berdaya tahan dan kurang rentan terhadap masalah seperti kekurangan tenaga, yang boleh membawa kepada masalah serius pengeluar besar.

Kira-kira lima juta pekerjaan di China bergantung kepada pembuatan Apple dan masih tidak jelas berapa banyak pekerjaan tersebut akan terjejas dengan kehilangan 15 hingga 30 peratus pengeluaran.

Sumber: The Verge

Nur Farra