Siakap Keli

Coyie Kecil ‘Anggota Baru’ APMM Melapor Bertugas Hari-Hari Tanpa Gagal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tiga hari yang lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkongsi di laman rasmi facebook tentang Coyie yang merupakan seekor burung yang dipercayai spesis burung Helang Laut (Sea Hawk).

Perkongsian daripada APMM ini bercerita tentang kehadiran burung Helang Laut yang dianggap sebagai salah satu anggota mereka.

Mulianya kelakuan seorang anggota Maritim ini terhadap si Coyie yang terbang dan hinggap di atas kapal Maritim itu. Malah apabila anggota sedar kehadirannya, Coyie malah terbang dan mendekati anggota tersebut kerana kelaparan.

Anggota Maritim itu pun memberi Coyie makanan. Semenjak peristiwa itu berlaku, Anggota Maritim itu memberi nama kepada burung tersebut sebagai Poyie. Setiap kali Poyie hinggap atas kapal, Anggota terus akan berkongsi makanan dengannya. Selesai makan, Poyie itu seolah-olah sedang membuat rondaan kawasan kapal dengan terbang dan hinggap di beberapa tempat untuk meninjau kawasan

Gerak  geri burung ini sangat menarik perhatian kita sebagai manusia, kerana ianya dikongsikan dalam laman facebook dengan memuat naikkan lagi satu video dimana anggota cuba untuk berkomunikasi dengan Poyie.

“Hari ini ada orang teman duty”. Kata anggota APMM ketika merakam video Poyie.

Oyie juga dinyatakan tiap-tiap hari datang ke kapal melapor bertugas hari-hari tanpa gagal.

Rata-rata netizen yang memberi komen yang positif terhadap kenyataan itu.

Berikut merupakan kenyataan yang dimuat naik dalam laman rasmi facebook APMM pda dua hari lalu.

 

SI COYIE MELAPOR BERTUGAS HARI-HARI TANPA GAGAL

Kali ni admin nak kongsi cerita tentang seekor burung yang diberi nama Coyie. Apa kena mengena Si Coyie dengan Maritim Malaysia pulak yer? 

Okay, min mula story. Pagi Syawal kedua yang lalu. Seorang anggota Maritim Malaysia daripada kapal KM Pintar hadir bertugas seperti biasa di kapal untuk memeriksa keadaan semasa kapal.

Sambil berjalan di bahagian luar, tertoleh pada kelibat bayang-bayang dipercayai seekor burung terbang di atas kanopi geladak belakang kapal dan terus burung tu terbang rendah menghampiri anggota tersebut. Dipercayai ianya spesis burung Helang Laut ataupun (Sea Hawk). Fuh…. macam yang dalam logo Maritim Malaysia tu. 

Dari bergayut pada guard rail KM Pintar terus ianya melompat ke meja, seperti seekor burung yang kelaparan. Anggota bertugas tersebut pada mulanya memberikan kuih raya, kuih siput, tetapi Si Coyie seperti tidak mahu makan, mungkin sedikit keras. Makanan itu ditukar kepada kuih mazola (sejenis kuih kekacang). 

Gerak tubuh Si Coyie seperti tidak puas makan, lantas anggota bertugas mencari saki baki ikan yang terdapat di dalam peti sejuk kapal. Lalu direndamkan agar sedikit lembut untuk Si Coyie makan. Semasa menunggu ikan itu lembut, anggota bertugas cuba rapatkan diri dengan Si Coyie. Diperhatikan Si Coyie seperti burung helang remaja yang baru belajar terbang, sihat tiada tanda2 cedera, cantik bulu pelepahnya, kaki & kuku yang panjang & tajam serta paruh yang menawan, menunjukkan Si Coyie, burung helang yang sihat.

Selepas beberapa minit, ikan sudah lembut, diberikan kepada Si Coyie, dengan pantas Si Coyie makan dengan lahap nya. Selepas selesai makan, Si Coyie terbang berdekatan kapal seperti mengucapkan terima kasih. Hinggap di beberapa struktur kapal seperti, tiang Mass Head kapal, kanopi open bridge, kanopi quarter deck, tiang bendera kapal dan ship guard rail.
Sejak saat itu, Si Coyie tiap-tiap hari datang ke kapal melapor bertugas hari-hari tanpa gagal.

Nama timangan : Coyie (sebutan choi-yie )
Asal nama timbangan :
1. Asal nama Teluk Cowie, teluk yang berada di barat daya Bandar Tawau. Cowie jadi sebutan kepasa Coyie

2. Asal kata cute – cutie jadi Coyie disebut seakan cutie versi kejantanan (dipercayai jantan)

Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart