Siakap Keli

Hilang Setengah Otak, Ada 0.1 Peratus Untuk Hidup, Kisah Lelaki Ini ‘Survive’ Sangat Luar Biasa

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Minionman, telah didekati oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di dalam sebuah kereta api MRT di Singapura.

Menurutnya, lelaki itu yang bernama Takalah Tan mula mendekatinya dengan memuji baju yang dipakai oleh Minionman itu.

Walau bagaimanapun, Minionman beranggapan Takalah seperti hanya mahu menyakatnya sahaja sambil memandang pelik terhadapnya. Oleh kerana itu, Minionman pun hanya melayannya secara endah tak endah sahaja.

Takalah yang kemudiannya dilihat bersungguh-sungguh untuk berborak dengan Minionman itu, telah membuatkan Minionman berminat untuk menunggu dan mendengar cerita yang mahu diceritakan oleh Takalah.

Beliau melahirkan rasa kesyukuran kerana menunggu serta mendengar cerita yang boleh dijadikan inspirasi oleh Takalah. Ini kerana, rupa-rupanya seseorang yang kelihatan pelik dan tak dikenali itu adalah merupakan seorang insan yang sanat luar biasa.

Begini ceritanya.

Seperti yang telah diceritakan oleh Minionman menerusi akaun Twitternya, Takalah merupakan seorang mangsa kemalangan yang mengalami kecederaan parah yang berlaku pada Mei 1994.

Sebelum beliau mengalami kemalangan ngeri itu, beliau merupakan seorang atlit triathlon. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan seorang graduan universiti yang lulus dengan cemerlang dalam bidang kejuruteraan. Sesudah beliau berjaya menamatkan pelajarannya, beliau terus mendapat peluang untuk memulakan kerjayanya di sebuah syarikat ‘multinational’.

Namun begitu, nasib tidak menyebelahinya apabila seminggu sebelum beliau mahu memulakan kariernya, beliau terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang telah mengubah keseluruhan hidupnya.

Takalah telah mengalami kecederaan yang parah di kepala sehingga menyebabkan setengah daripada otaknya tidak boleh berfungsi, patah tiga daripada tulang rusuknya, bahu terkehel, dan tulang kering kaki kanannya hampir hancur dan telah dipendekkan sebanyak satu setengah inci.

Lebih memburukkan lagi, menurut Takalah, pakar bedah yang merawatnya itu memberitahu kepadanya bahawa peluangnya untuk hidup walaupun pembedahan tersebut berjaya dilakukan hanyalah sebanyak 0.1 peratus.

Gambar: About Insurance

Takalah turut kehilangan darah yang banyak, dimana ianya boleh memberi kesan kepada oksigen di dalam badannya.

Takalah walau bagaimanapun amat bernasib baik kerana berjaya pulih daripada tragedi ngeri yang berlaku dalam hidupnya itu.

Namun menurut Takalah, sejurus dia sedar daripada pembedahan itu, beliau tidak mengetahui apa-apa serta terpaksa mempelajari segala yang pernah dipelajarinya sebelum ini, termasuklah benda-benda yang remeh seperti bercakap.

Menurut satu artikel yang diterbitkan oleh Red Cross, Takalah bukan sahaja seorang atlit, beliau juga merupakan seorang atlit triathlon, bekas komando, juara tinju, skydiver, bungee-jumper dan penyelam skuba.

Semasa beliau berumur 24 tahun, beliau telah berjaya mencatat pelbagai kejayaan dalam hidupnya.

Selepas enam tahun beliau meninggalkan hospital, beliau telah mula bekerja di beberapa syarikat. Katanya, sukar baginya untuk bekerja dalam keadaan ingatan memori yang tidak berapa kuat.

Gambar: Shorthand Social

Walaupun begitu, ianya bukanlah batu penghalang untuk Takalah melanjutkan pelajaran dan memperoleh Sarjana Kesihatan Awam serta diploma dalam bidang pendidikan.

Beliau juga kini seorang penceramah motivasi dan kerap menderma darahnya. Sehingga tahun 2016 sahaja, beliau telah menderma sebanyak 50 kali.

Kisah Takalah ini boleh dijadikan sebagai inspirasi serta pengajaran tentang kita yang sering mengeluh serta tidak bersyukur dengan kekurangan dan kelebihan yang kita ada jika hendak dibandingkan dengan apa yang dilalui oleh Takalah ini.

Untuk mengetahui ceritanya dengan lebih lanjut, tonton video mengenai Takalah seperti berikut:

Sumber: Mothership.SG

Aqmal Ezany

I write what is right