Semua orang pastinya sedia maklum tentang cuti bersalin yang merupakan salah satu faedah pekerja yang memberikan cuti bergaji kepada wanita. Selalunya tempoh mininum untuk cuti ini telah ditetapkan melalui undang-undang.
Menurut Perintah Am 25 dan 26, 54 Bab ‘C’ dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1998 telah menetapkan bahawa cuti bersalin minimum adalah selama 60 hari dan terhad kepada 5 orang anak sahaja.
Dan perkara ini turut dinyatakan dalam intipati Bajet 2018 yang mahu meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun [2].

Namun apabila berbicara mengenai isu ini, mungkin ada di antara anda yang kurang cakna mengenai paternity leave.
Paternity leave ini sebenarnya adalah cuti yang diperuntukkan kepada lelaki (suami) yang isterinya bersalin selama satu minggu atau lebih bergantung kepada majikan masing-masing.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh doktor selebriti, Dr. Shazril Shaharuddin atau lebih suka dipanggil sebagai Dr. Say Shazril. Beliau menceritakan pengalaman menjaga isterinya dan anak sulung mereka.
Dr. Say menyatakan bahawa menjaga bayi bukanlah sesuatu tugas yang mudah dan suami perlu ada di samping isteri untuk menyokong dan membantu. Jangan pandang perkara ini dan menyerahkannya bulat-bulat kepada si isteri.
Perkara ini disokong oleh seorang seorang pengguna Facebook, Siti Sarah Abdullah yang menjelaskan:
“Tak semua nya indah datang dalam proses masa dari awal awal kelahiran anak. Ingat celik celik keluar ja anak tu depa tidoq elok? Oh no no no.”
“Yang masih belom punyai anak, Allah belom beri rezeki lagi get ready sebanyak mana ilmu, don’t expect yang mudah dan senang dalam proses melahirkan dan membesarkan mereka. Memang kak Saghah awal dulu memang koyak weyh. Anak kedua pun sama.”
“Tapi bernasib baik ada ibu mama dan abang tanjak dan keluarga banyak bantu. Suami dilarang ye tinggal isteri anda. Boleh tahap meroyan mereka nanti. Anak pandai nak buat, pandai menyumbang, kena rajin pandai jaga anak sama sama sekali ye.”
Terdapat pelbagai faktor yang mendorong untuk seseorang suami itu mengambil paternity leave.
Antaranya adalah untuk membina hubungan anak dan ayah, membantu menguruskan hal dalam rumah, mengurangkan risiko tekanan perasaan (Postpartum Despression), menjaga kebajikan anak dan isteri dan lebih produktif apabila kembali bekerja.

Negara-negara di luar seperti Sweden, Norway, Iceland, Finland telah lama memperuntukkan tempoh cuti bersalin (paternity leave) bagi kaum bapa sekitar 8 ke 12 minggu serta boleh berkongsi (bersama isteri) dengan pilihan polisi gaji yang fleksibel.
Rujukan
[1] Elizabert Anderson. 2016. Dipetik Dari Mapped: Paid Paternity Leave Across The Eu, Which Countries Are The Most Generous? pada 20 Jun 2019.
[2] MyRedaksi. 2019. Dipetik Dari Inisiatif Bonus Penjawat Awam Bajet 2019 Belanjawan Malaysia pada 20 Jun 2019.
[3] Nikolletta Bika. 2016. Dipetik Dari 5 reasons you need an official paternity leave policy pada 20 Jun 2019.
Sumber : Siti Sarah Abdulllah , Dr. Shazril Shaharuddin