Siakap Keli
Gambar : Dr. Say Shazril

Jangan Anggap Remeh, Doktor Ini Dedah Sebab Penting Kenapa Suami Perlu Mohon Cuti Bersalin, ‘Paternity Leave’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semua orang pastinya sedia maklum tentang cuti bersalin yang merupakan salah satu faedah pekerja yang memberikan cuti bergaji kepada wanita. Selalunya tempoh mininum untuk cuti ini telah ditetapkan  melalui undang-undang.

Menurut Perintah Am 25 dan 26, 54 Bab  ‘C’ dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1998 telah menetapkan bahawa cuti bersalin minimum adalah selama 60 hari dan terhad kepada 5 orang anak sahaja.

Dan perkara ini turut dinyatakan dalam intipati Bajet 2018 yang mahu meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun [2].

Gambar Hiasan

Namun apabila berbicara mengenai isu ini, mungkin ada di antara anda yang kurang cakna mengenai paternity leave.

Paternity leave ini sebenarnya adalah cuti yang diperuntukkan kepada lelaki (suami) yang isterinya bersalin selama satu minggu atau lebih bergantung kepada majikan masing-masing.

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh doktor selebriti, Dr. Shazril Shaharuddin atau lebih suka dipanggil sebagai Dr. Say Shazril. Beliau menceritakan pengalaman menjaga isterinya dan anak sulung mereka.

View this post on Instagram

Topik : Saya Koyak . Terus terang sy cerita yg this is tougher than what i expect. Sy ingat things r gonna get easier with time but it doesn't seem so. Sy xboleh brain mcm mana paternity leave kt Msia ni dpt seminggu ja pdhl sy amik sebulan off masih rasa x bersedia nk tinggalkan bini berdua ngn baby. Lepas sebulan konon sy rasa boleh rungkai dia but i was wrong sb baby sy teramat unpredictable. Satu hari perangai dia A keesokannya perangainya trus Z, satu masa die tdo 3jam skang setiap 1.5jam dh celik, satu masa die boleh tido sendiri skang kne dukung dkat 30minit baru lelap. . Dalam tempoh sebulan ni sy rasakan masa berlalu begitu sahaja. Sy xdpt nk reap full benefit of Ramadhan, xdpt bersenam langsung, xdpt nk plan my future ahead. No wonder sy baca bnyk kes suami xpulang ke rumah atau suami lepas tgn dkt mertua lpas isteri bersalin cz to be honest it's tough & tiring. Sy tau sy yg patut be strong for my bini tp penangan baby ni lain macam. Acap kali bini sy paksa sy pegi kerja biar dia handle sorg spy sy bley take some time off from baby tp xsampai hati nk tinggalkan dia. . Kami xmau sshkan parents kami cz diorg pn dh berumur wlpn kami tau diorg xkn say no kalau kami minta tlg. Cuma membayangkan parents kami yg umur dekat 60-an jaga baby, xsampai hati dibuatny peeps. Adakah apa yg kami hadapi ni normal wahai parents2 di luar sana? Atau kalian smooth sailing sentiasa ngn baby kalian? Will things get better? Tolong peeps, sy rasa sy di ambang Postpartum Depression dah ni.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Dr. Say menyatakan bahawa menjaga bayi bukanlah sesuatu tugas yang mudah dan suami perlu ada di samping isteri untuk menyokong dan membantu. Jangan pandang perkara ini dan menyerahkannya bulat-bulat kepada si isteri.

Perkara ini disokong oleh seorang seorang pengguna Facebook, Siti Sarah Abdullah yang menjelaskan:

“Tak semua nya indah datang dalam proses masa dari awal awal kelahiran anak. Ingat celik celik keluar ja anak tu depa tidoq elok? Oh no no no.”

“Yang masih belom punyai anak, Allah belom beri rezeki lagi get ready sebanyak mana ilmu, don’t expect yang mudah dan senang dalam proses melahirkan dan membesarkan mereka. Memang kak Saghah awal dulu memang koyak weyh. Anak kedua pun sama.”

“Tapi bernasib baik ada ibu mama dan abang tanjak dan keluarga banyak bantu. Suami dilarang ye tinggal isteri anda. Boleh tahap meroyan mereka nanti. Anak pandai nak buat, pandai menyumbang, kena rajin pandai jaga anak sama sama sekali ye.”

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong untuk seseorang suami itu mengambil paternity leave. 

Antaranya adalah untuk membina hubungan anak dan ayah, membantu menguruskan hal dalam rumah, mengurangkan risiko tekanan perasaan (Postpartum Despression), menjaga kebajikan anak dan isteri dan lebih produktif apabila kembali bekerja.

Gambar Hiasan

Negara-negara di luar seperti Sweden, Norway, Iceland, Finland telah lama memperuntukkan tempoh cuti bersalin (paternity leave) bagi kaum bapa sekitar 8 ke 12 minggu serta boleh berkongsi (bersama isteri) dengan pilihan polisi gaji yang fleksibel.

Rujukan 

[1] Elizabert Anderson. 2016. Dipetik Dari Mapped: Paid Paternity Leave Across The Eu, Which Countries Are The Most Generous? pada 20 Jun 2019.

[2] MyRedaksi. 2019. Dipetik Dari Inisiatif Bonus Penjawat Awam Bajet 2019 Belanjawan Malaysia pada 20 Jun 2019.

[3] Nikolletta Bika. 2016. Dipetik Dari 5 reasons you need an official paternity leave policy pada 20 Jun 2019.

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.