Siakap Keli
Foto; @pedoqpop

Lelaki Kongsi Video Seronok Rosakkan Barang Di Family Mart Dikecam Netizen, Tapi Ini Pula Jawapan Mereka

Media sosial sering dijadikan sebagai platform untuk kita berkongsi maklumat atau aktiviti seharian kita dengan rakan-rakan atau kenalan, baik di dunia nyata atau di dunia maya.

Akan tetapi, ada di antara kita yang terlalu ghairah untuk berkongsi sesuatu tanpa mengira kesan yang bakal diterima. Antara medium perkongsian yang popular ketika ini ialah fungsi Story di Instagram.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini telah tular satu video perkongsian Instagram Story yang memaparkan perlakuan seorang lelaki yang dikatakan sedang merosakkan beberapa barangan di francais Family Mart.

Foto: @pedoqpop

Dalam kejadian yang didakwa berlaku di Nilai, Negeri Sembilan itu, lelaki terbabit dilihat telah menggoncang beberapa kek, meminum minuman berbotol dan mengalihkan produk-produk lain dari susunan asal yang berada di rak jualan kedai berkenaan.

Perlakuannya itu dirakam sendiri oleh rakannya dan ia dikongsikan melalui Instagram Story sebelum menjadi tular di Internet. Akibat penularan itu, tindakan lelaki berkenaan dan rakan-rakannya itu telah menerima kecaman hebat daripada netizen.

Foto: @pedoqpop
Foto: @pedoqpop
Foto: @pedoqpop
Foto: @pedoqpop

Rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukannya namun ada juga yang mengharapkan laporan polis dibuat terhadap lelaki tersebut.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan telah memuatnaik satu video penjelasan berkaitan kelakuannya.

Foto: @pedoqpop

Menurutnya, segala barangan yang dirosakkan di dalam video sebelumnya sebenarnya telah dibeli olehnya. Tambah rakannya lagi, tidak mungkin mereka berani melakukannya kerana francais itu diawasi oleh kamera litar tertutup(CCTV)

Sekiranya dakwaan itu benar sekalipun, dia dan rakan-rakan tidak seharusnya bertindak sedemikian kerana ia mungkin boleh mendatangkan anggapan salah kepada orang ramai yang menonton video tersebut.

Sumber: Twitter @pedoqpop

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi