Siakap Keli

Palsu, Khabar Kereta Mencair Akibat Suhu Panas Di Kuwait

Pada 5 Jun yang lalu, seorang individu melalui laman Facebook miliknya, telah memuat naik gambar bersama dengan satu kenyataan pendek, iaitu “Today It Was 52 degree celsius In Saudia Arabia”

Gambar itu menunjukkan dua buah kereta yang sedang mencair dengan keadaan bahagian belakangnya seperti melepuh.

Gambar Facebook/Mohd Rafi Chowdhary

Namun, terdapat berapa pihak yang turut berkongsi pengalaman yang sama.

“Ya, di kawasan negara-negara Arab kini memang sedang mengalami tahap suhu kepanasan yang sangat tinggi.”

Menurut India Today’s Anti Fake News War Room (AFWA), melaporkan bahawa gambar yang tersebar itu bukanlah dari Kuwait seperti dakwaan orang ramai.

Pun begitu, ia merupakan gambar kejadian kebakaran yang berlaku di tapak Arizona, Amerika Syarikat pada tahun lalu. Kejadian itu menyebabkan beberapa kenderaan mencair akibat bahang yang terlalu panas.

Danny yang merupakan graduan di Universiti Arizona, tinggal di apartment berdekatan, melihat api lalu bergegas pergi mendapatkan keretanya. Namun sudah terlambat, kerana api terlalu panas dan sangat bahaya dan tidak sempat untuk ke keretanya.

Menurut Danny, bumper belakang dan penutup keretanya mencair kerana haba yang sangat panas.

Sumber: Tucson News Now

Sumber: India Today

Eyen Mirlen

write deeply from your heart