Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto:AirSpaceMag/The Straits Times)

Satu Landasan Lapangan Terbang Changi Ditutup Akibat Dron

SINGAPURA, 19 Jun (Bernama) — Penguasa Penerbangan AWam Singapura (CAAS) hari ini mengesahkan dron dikesan terbang tanpa kebenaran di kawasan sekitar Lapangan Terbang Changi semalam dan hari ini yang menyebabkan lapangan terbang itu beroperasi  dengan satu landasan.

“Bagi memastikan keselamatan operasi pesawat dan penumpang, operasi satu landasan digantung untuk jangka masa singkat antara jam 11 malam semalam dan 9 pagi ini,” kata CAAS sebagai repons kepada pertanyaan media.

CAAS berkata Lapangan Terbang Changi terus beroperasi dengan satu landasan sementara operasi di landasan satu lagi digantung.

Secara keseluruhanya, CAAS berkata kira-kira 37 jadual penerbangan berlepas dan ketibaan mengalami kelewatan​​.

“Satu penerbangan ketibaan telah dialihkan ke Kuala Lumpur,” katanya.

Pasukan pelbagai agensi termasuk CAAS, Kumpulan Lapangan Terbang Changi, Angkatan Tentera Singapura dan pasukan polis telah diaktifkan bagi menyiasat, mencari dan mengesan operasi dron tersebut.

CAAS menyatakan pihak berkuasa memandang serius penerbangan dron tanpa kebenaran yang boleh mengancam penerbangan atau membahayakan keselamatan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Pesalah boleh dikenakan denda maksimum $$20,000 (RM61,131) atau hukuman penjara maksimum 12 bulan atau kedua-dua sekali, katanya.

Sumber: BERNAMA

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi