Siakap Keli
Gambar: South China Morning Post

Seorang Wanita Cedera Disondol Babi Hutan Sesat di stesen MTR

Seorang wanita tercedera kerana diserang oleh seekor babi hutan yang sesat berkeliaran di sebuah stesen tren bawah tanah di Hong Kong.

Babi hutan yang berukuran sepanjang satu meter itu dilihat berkeliaran di sepanjang jalan Forbes sebelum ia menyelinap masuk ke stesen Kennedy Town dimana ianya dikesan oleh petugas keselamatan kira-kira pukul 8 malam.

Sejurus selepas mengetahui tentang hal itu, pihak polis dengan segera memasang penghadang untuk mengepung haiwan yang berada berdekatan dengan lif ketika itu bagi mengelakkan haiwan itu menyerang orang ramai.

Gambar: South China Morning Post

Pegawai daripada Jabatan Agrikultur, Perikanan dan Konservasi (AFCD) telah menembak haiwan itu dengan ubat penenang dan telah memasukkannya ke dalam sebuah sangkar kira-kira pukul 9 malam.

Wanita yang berumur 49 tahun itu mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki gara-gara diserang oleh babi hutan tersebut di lobi stesen tren tersebut dan terus dibawa ke Hospital Queen Mary tidak lama selepas itu.

Difahamkan, badan haiwan tersebut turut tercedera dan berdarah semasa percubaan untuk melepaskan diri.

Sumber: South China Morning Post

Aqmal Ezany

I write what is right