Siakap Keli

Tak Percaya Suami ‘Raja Malaysia’ Sebenar, Isteri Sultan Muhammad V Garap Momen Cinta Buat Tatapan Rakyat

Permaisuri kepada Sultan Kelantan, Rihana Oksana Petra dilihat semakin aktif berkongsi perkembangan hidupnya bersama Sultan Muhammad V melalui media sosial.
Terkini, bekas ratu cantik Moscow itu yang baru sahaja melahirkan cahaya mata pada 21 May lalu, telah berkongsi detik-detik pertemuan awal bersama baginda yang telah menarik perhatian ramai netizen.

Pertemuan semasa musim bunga

Beliau memberitahu bahawa perkenalan mereka bermula pada tahun 2017 dimana ketika itu Sultan Muhammad V dan dirinya bertemu pada musim bunga di Eropah.

Bagi ramai orang, kisah pertemuan pertama saya dengan suami saya tetap menjadi misteri. Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah.

Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo. Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki, dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia.

Tak tahu suami adalah raja sebenar

Rihana yang menganggap suaminya itu sekadar bergurau, turut berjenaka dengan mengatakan bahawa dirinya adalah seorang ratu di Moscow.

Mereka juga sempat bertukar nombor telefon dan tidak lama selepas itu barulah Rihana mengetahui bahawa suaminya adalah seorang raja sebenar.

Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow. Kami berbual sepanjang malam dan bertukar nombor telefon.

Tidak lama kemudian terdapat berita yang muncul mengenai pelantikan raja, yang merupakan kawan baru saya … untuk diteruskan..

https://www.instagram.com/p/By2_4azCk0Y/

Pada November tahun lalu, berita perkahwinan antara Sultan Kelantan dengan ratu cantik Moscow ini menjadi isu panas susulan penularan gambar perkahwinan mereka yang tersebar di media sosial.

Pada 21 Mei lalu, seorang putera yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra telah selamat dilahirkan.

View this post on Instagram

21 May 2019 – the Day, when my life was divided into "before" and "after". Everything that I was told about the changes occurring with a woman after the birth of a baby is true. This love is special. These feelings are completely new. I am greatful to Allah and my husband for our son. Now there are three of us. Thank you for choosing our family, Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra 21.05.2019- день, когда моя жизнь разделилась на "до" и "после". Все, что мне рассказывали об изменениях, происходящих с женщиной после рождения малыша – чистая правда. Эта любовь- особенная. Эти чувства- совершенно новые. Я благодарна Всевышнему и мужу за нашего сына. Теперь нас трое. Спасибо за то, что выбрал нашу семью, Тенку Исмаил Леон Петра Бин Тенку Мухаммад V Фарис Петра

A post shared by Voevodina Oksana (@rihanapetra) on

Sumber : rihanapetra

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.