Isnin lalu, bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi telah meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkamah apabila beliau rebah selepas penutup sesi perbicaraan. Morsi merupakan pemimpin pertama yang dipilih secara demokratik pada tahun 2012 dalam sejarah Mesir. Rata-rata Muslim di seluruh dunia terkesan dengan pemergian beliau. Di sebalik pemergiannya, ramai yang tidak tahu mengenai Mohamed Morsi ketika menjadi Presiden.
1.Hafiz al-Quran
Mohamed Morsi merupakan seorang Hafiz al-Quran. Beliau telah menghafal seluruh al-Quran dengan sepenuh hati. Perkara ini adalah kerana dia sangat mencintai al-Quran sejak kecil sehingga dijadikan motivasinya untuk menjadi seorang hafiz. Hasilnya, al-Quran sentiasa berada di dalam fikirannya bagi menuntun segala yang dilakukannya.
2. Bijaksana
Beliau merupakan seorang profesor dan Ketua Jabatan Kejuruteraan di Zagazig University. Tambahan lagi, beliau juga mempunyai PHD dan pernah bekerja di pelbagai projek di Amerika dan menjadi profesor tamu di sama. Beliau juga diakui bijak melalui langkah yang diambil ketika menjadi seorang panglima perang.
3. Tinggal di sebuah apartmen
Walaupun memegang jawatan presiden dan mempunyai banyak istana di sekitar Kaherah, Mohamed Morsi lebih memilih untuk tinggal di dalam sebuah apartmen. Perkara ini menunjukkan sikapnya yang bersederhana dalam kehidupan tanpa ingin dikaburi dengan kemewahan yang dimiliki sebagai seorang presiden.
4. Menolak rawatan khas
Ketika kakaknya jatuh sakit dan ditawarkan oleh doktor untuk memberikan rawatan khas yang lebih baik jika dipindahkan ke Eropah atau Amerika, Mohamed Mursi tidak menerima pelawaan tersebut kerana tidak mahu kedudukannya disalah guna. Walau bagaimanapun, kakaknya telah meninggal dunia di hospital kerajaan seperti mana warga Mesir yang lain.
5. Mendahulukan azan dalam ucapan
Ketika Mursi menyampaikan ucapan yang sangat penting, beliau telah menyedari bahawa telah masuk waktu solat dan azan dikumandangkan. Sejurus itu, beliau terus menghentikan ucapannya selama beberapa ketika dan turut mengulangi azan sebelum memberikan ucapan yang seterusnya.
6. Bantuan perumahan kepada seorang wanita
Melihat seorang wanita yang sering tidur di sepanjang jalan di Kaherah, Mursi bertanyakan kepada wanita tersebut mengapa tidur di jalanan? Disebabkan dirinya tidak mampu membayar pangsapuri setelah menjadi janda, dia terpaksa tinggal di jalan. Susulan itu, Morsi berkata tidak sepatutnya ada seorang pun rakyat yang menerima nasib sebegini lalu memberikannya sebuah apartmen untuk didiami. Walau bagaimanapun, perkara itu berulang lagi setelah rampasan kuasa.
7. Terlibat dalam aktiviti sukarelawan
Mohamed Morsi dianggap sebagai pemimpin yang sangat berwibawa berikutan tindakannya yang melawat dan memberi bantuan secara terus kepada penduduk di Bandar Aceh, Indonesia berikutan Tsunami Asi Selatan yang dasyat.
8. Pemimpin Dunia yang dibayar paling rendah
Walaupun menjadi Presiden dianggap sebagai pekerjaan yang lumayan, tetapi tidak bagi Morsi apabila dia merupakan pemimpin dunia yang paling rendah dibayar. Dia telah menetapkan gajinya sebanyak $ 10,000 (RM41,585) untuk sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, ketika penculikan berlaku, beliau tidak mengambil sebarang gaji dan menerangkan dia telah bekerja secara percuma.
9. Jarang terlepas solat di masjid
Presiden Morsi sangat komited untuk mengerjakan solat berjemaah di masjid. Walaupun kesibukannya dalam urusan sebagai presiden, dia jarang terlepas untuk bersolat di masjid.
10. Tidak mahu gambarnya dipamerkan
Seperti kebiasaan yang dilihat menerusi dinding-dinding jabatan kerajaan yang dihiasi dengan potret wajah pemimpin, Mohamed Morsi tidak membenarkan perkara tersebut. Malah, beliau meminta potret pemimpin digantikan dengan nama Allah bagi memuliakan Pencipta.
Sumber: Muslim Matters