Siakap Keli

(Video)Penyelidik Dakwa Tengkorak Tumbuh ‘Tanduk’ Jika Kerap Guna Telefon Bimbit- Kajian

Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat hari ini khususnya golongan remaja dan belia meluangkan masa berlebihan dengan pelbagai gajet khususnya telefon bimbit setiap hari.

Satu kajian yang dibuat oleh penyelidik Australia ke atas 1200 responden yang banyak meluangkan masa menggunakan telefon bimbit mendapati satu tulang tajam seakan-akan tanduk tumbuh pada bahagian belakang tengkorak.

Kajian berkenaan turut mendakwa bahawa tulang berkenaan ditemui dalam kalangan 41 peratus responden khususnya berumur diantara 18 hingga 30 tahun.

Tulang berkenaan dikatakan tidak memberi kesakitan sebaliknya sebahagian daripada simptom amalan postur badan yang teruk dan berbahaya.

Katanya lagi, postur yang tidak betul ketika menggunakan telefon bimbit seperti terlalu menunduk serta masa yang terlalu lama diluangkan mungkin memberi tekanan pada bahagian tertentu sehingga ia berubah sedikit demi sedikit.

Apa yang membimbangkan kumpulan penyelidik dari Universiti Sunshine Coast itu adalah pembentukan tulang itu sudah mula kelihatan dalam responden seawal usia 13 tahun.

Salah seorang penyelidik, Dr David Shahar berkata orang ramai perlu memastikan postur badan mereka dalam keadaan yang betul ketika menggunakan gajet seperti telefon bimbit bagi menghalang pembentukan tulang tersebut.

”Postur badan yang betul perlu dipupuk sejak awal usia. Seperti ibu bapa menekankan soal kesihatan mulut pada anak-anak, saya fikir kepentingan postur badan yang betul juga perlu dititikberatkan,” katanya.

 

Sumber: 7News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.