Siakap Keli

Waspada Warga Kota, Amaran Ribut Petir Malam Ini Di Beberapa Buah Negeri – MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan satu amaran ribut petir yang melibatkan  beberapa kawasan melibatkan negeri Semenanjung dan luar Semenanjung.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan negeri yang terlibat ialah Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah. Kawasan-kawasan ini dijangka menerima ribut petir kuat sehingga jam 8 malam ini.

Kawasan yang terlibat ialah Besut, Setiu, Dungun dan Kemaman (Terengganu), Kuala Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat (Selangor) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol (Negeri Sembilan) dan Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru (Johor)

Bagi negeri Sabah pula, kawasan yang terlibat ialah Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat manakala bagi negeri Sarawak pula melibatkan kawasan Limbang.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa