Siakap Keli
Gambar : Thesun.co.uk

5 Tahun Kehilangan MH370, Isteri Dedah Kelakuan ‘Aneh’ Kapten Zahari Sebelum Kejadian

Misteri yang belum terungkai, sudah lebih lima tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang tanpa sebarang jejak lalu meninggalkan pelbagai persoalan mahupun persepsi di kalangan masyarakat dunia.

Teka-teki rumit yang masih belum terjawab itu ternyata masih menjadi perbahasan hangat sehingga kini. Manakan tidak, pesawat penumpang Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 itu ghaib dari radar sekaligus melenyapkan sekali 239 penumpangnya.

Gambar Hiasan

Isteri kepada juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah mendedahkan bahawa suaminya itu banyak menghabiskan masa bersendirian dan tidak berbual dengannya sebelum nahas berkenaan.

Beliau juga turut memaklumkan kepada pasukan penyiasat mengenai keadaan suaminya yang terganggu akibat masalah yang terjadi dalam rumahtangga mereka. Walaubagaimanapun, pihak penyiasat masih menyelidik motif dan keadaan sebenar (mental mahupun emosi) Kapten Zaharie sebelum kejadian terbabit.

Isterinya juga mendedahkan bahawa Zahari kerapkali mengasingkan diri di dalam bilik bersama simulator yang dibinanya. Dan menurut kenyataan anaknya semasa perbualannya bersama ayahnya itu, dia merasakan bahawa ayahnya bukan seperti biasa, beliau kelihatan terganggu dan khayal dalam dunia sendiri.

Gambar : Thesun.co.uk

Pengakuan itu diceritakan sendiri oleh isteri, anak dan ahli keluarganya yang lain ketika ditemuramah oleh pihak polis di Kuala Lumpur. Walaupun mempunyai tingkahlaku yang luar biasa, mereka berpendapat bahawa beliau (Zaharie) bukanlah individu yang bertanggungjawab atas kehilangan pesawat terbabit.

Isterinya menegaskan bahawa:

“Tidak adil untuk menyalahkan suami saya.”

Meskipun begitu, sepanjang sesi temuramah tersebut, isterinya mengatakan bahawa suaminya kelihatan terganggu dalam beberapa bulan sebelum penerbangan. Malah turut menyatakan bahawa suaminya kian menjauh dan sukar untuk difahami.

Isterinya juga mendakwa bahawa walaupun mereka tinggal satu rumah, suaminya lebih suka menghabiskan masa bersendirian.

Sumber: The Sun.co.uk 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.