Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Anggota Bomba Meninggal Dunia Selepas Operasi Tangkap Ular

Sibu : Seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral meninggal dunia, dipercayai akibat serangan jantung, selepas menyertai operasi menangkap ular sawa di Taman Permai, di sini, awal pagi ini.

Pemangku Ketua Zon Empat JBPM Sarawak, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, Mohd Sapee Julaihi, 55, mengadu sakit dada dan sesak nafas semasa dalam perjalanan balik ke balai selepas berjaya menangkap ular sawa tersebut pada operasi jam 4 pagi itu.

“Beliau telah segera dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapat rawatan tetapi disahkan meninggal dunia semasa menjalani rawatan pada 7.57 pagi,” katanya semasa dihubungi di sini.

Menurut beliau, jenazah Allahyarham telah dibawa ke rumah wakaf Masjid An-Nur Sibu untuk diuruskan dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sibu di Jalan Tun Abang Haji Openg sebelum solat Jumaat.

Beliau berkata, Allahyarham, seorang duda, meninggalkan empat anak lelaki berusia lapan hingga 19 tahun.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.