Siakap Keli

Daripada Bersepah Tepi Jalan, Lelaki Beli 10,000 Buah Basikal Bantu Orang Miskin

Masih ingatkah anda terhadap basikal berwarna kuning dan putih yang terdapat di institusi-institusi pengajian tinggi, laluan pejalan kaki dan bandar-bandar utama di Malaysia pada satu ketika dahulu ? Basikal yang perlu diakses menggunakan aplikasi oBike dan Ofo ini berperanan sebagai medium perkhidmatan bagi memudahkan pengguna untuk menuju ke sesuatu destinasi. Apa yang menariknya, setelah digunakan, basikal ini boleh ditinggalkan di mana-mana sahaja di kawasan awam dalam keadaan berkunci.

Namun begitu, disebabkan beberapa faktor, basikal ini telah dibiarkan ‘bersepah’ sehingga mencacatkan pemandangan sekitar. Saat ini, ia sudah tidak digunakan lagi dek kerana sambutan yang tidak menggalakkan. Malah, lebih banyak kerosakan yang berlaku kepada kemudahan yang telah disediakan ini.

Oleh sebab itu, basikal-basikal ini telah dikitar semula seperti baru dan telah didermakan kepada anak-anak di Myanmar untuk ke sekolah.

Seorang usahawan Mandalay, Mike Than Tun Win telah membeli basikal-basikal tersebut dan mengitar semula sebelum dihantar ke Myanmar. Tindakannya ini berikutan melihat situasi pelajar-pelajar disitu berjalan dalam tempoh berjam-jam untuk ke sekolah.

Saya melihat pelajar berjalan berjam-jam untuk bersekolah dan saya sangat menyesal untuk mereka.

Menurut salah seorang pelajar, Thae Su Wai, dia sudah tidak perlu bergerak sejauh 10 kilometer dalam masa dua jam ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan. Dia juga turut gembira kerana mempunyai masa yang lebih lama untuk membuat perkara yang lain.

Saya akan mempunyai lebih banyak masa untuk belajar dan bermain dengan rakan-rakan.

Gambar: Phys.org

Sumbangan basikal tersebut akan mengutamakan pelajar-pelajar yang berumur 13-16 tahun yang tinggal lebih dari dua kilometer dari sekolah.

Sumber: Phys.org

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa