Siakap Keli
Gambar : The Scottish Sun

Fernando Torres Umum Bersara Setelah Hampir 18 Dalam Dunia Bola Sepak

Bekas penyerang pasukan Liverpool dan Chelsea. Fernando Torres telah mengumkan bahawa dirinya mahu bersara.

Pemain berusia 35 tahun yang bermain di Jepun untuk Sagan Tosu sejak meninggalkan Atlético Madrid telah berjaya menjaringkan 81 gol dalam empat musim bersama Liverpool dan memenangi Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Piala FA bersama Chelsea.

Pemenang Piala Dunia ketika bersama Sepanyol pada 2010 itu telah memuatnaik video yang menyatakan ‘isi hatinya’.

“Saya mempunyai sesuatu yang sangat penting untuk diumumkan. Selepas 18 tahun, saya rasa sudah tiba masanya untuk mengakhiri kerjaya bola sepak saya. Saya akan mendedahkan lebih lanjut mengenai keputusan saya untuk bersara pada sidang akhbar di Tokyo pada Ahad pukul 10 pagi (waktu tempatan)”

Berikutan pengumuman itu, kedua-dua kelab bola sepak gergasi dunia, Liverpool dan Chelsea telah memuatnaik video ‘highlight’ yang memaparkan kejayaan-kejayaan Torres di laman Twitter mereka.

Berita persaraan Torres itu turut menjadi ‘trending’ di Twitter di mana rata-rata peminat bekas penyerang bola sepak Sepanyol itu mengucapkan perhargaan kepada beliau.

Sumber : The Guardian 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.