Siakap Keli

“Keikhlasan Takleh Dinilai Dari Muka, Hanya Kami Dan Allah..” Remaja Rosakkan Makanan Family Mart Tampil Mohon Maaf

Baru-baru, tular satu video berkenaan perlakuan seorang remaja yang sedang merosakkan beberapa barangan di Family Mart sambil ditemani bersama beberapa orang rakannya.

Menerusi video yang diambil menerusi Instagram Story itu, remaja tersebut dilihat telah merosakkan beberapa kek dan makanan, meminum minuman berbotol dan mengalihkan produk-produk lain dari susunan asal yang berada di rak jualan kedai berkenaan.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Nilai, Negeri Sembilan itu ternyata telah menimbulkan kecaman netizen yang berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab remaja-remaja tersebut. Malah, ada yang meminta supaya laporan polis dilakukan agar remaja-remaja ini dapat menerima pengajaran.

Tampil melalui satu video yang dimuat naik di Instagram, remaja tersebut telah membuat permohonan maaf kepada semua netizen dan pekerja di Family Mart berkenaan. Malah, dia juga berkata akan bertanggungjawab membayar semula kerosakan yang dilakukannya.

”Saya mahu minta maaf kepada netizen-netizen, sekarang saya berada di Family Mart, saya dah minta maaf kepada semua pekerja di sini.

”Saya bertanggungjawab untuk bayar balik semua kerosakan tu dan saya berjanji tidak akan buat lagi,” kata remaja berkenaan.

”Harap maklum saya tukang rakam ni yang buat kami berdua minta maaf. Keikhlasan tak boleh dinilai dari muka hanya kami dan Allah saja yang tahu keikhlasan hati kami”

https://www.instagram.com/p/By7_ylfHdV2/?igshid=cawv83s6bgyq&fbclid=IwAR095RiUp0HqaODBz6VcP8733fSBfdB2-QZnxV5OyECjAw4ZB0ignw___kQ

Sebelum itu, lelaki berkenaan memberi penjelasan bahawa segala barangan yang dirosakkan di dalam video sebelumnya sebenarnya telah dibeli olehnya. Menurut seoarang rakannya lagi, mereka tidak mungkin mereka berani melakukannya kerana francais itu diawasi oleh kamera litar tertutup(CCTV).

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.