Siakap Keli

Misi XL Ke S, 13 Makanan Ni Boleh Makan Sampai Kenyang Tapi Tak Menggemukkan

Saiz badan bukan semata-mata mengenai penampilan, tetapi merupakan salah satu kayu ukur tahap kesihatan seseorang. Antara kaedah yang digunakan untuk menjaga bentuk badan ialah bersenam dan menjaga pemakanan. Namun, menjaga pemakanan tidaklah sukar seperti yang disangka kerana kita sering dihidangkan dengan pelbagai variasi makanan yang enak dan lazat.

Walau bagaimanapun, terdapat makanan yang mengandungi kalori rendah dan kaya dengan serat. Berikut merupakan makanan yang boleh anda ambil dalam kuantiti yang banyak dan tidak menjejaskan berat badan anda.

  1. Kertih Jagung

Popcorn merupakan makanan yang sering dijamah ketika menonton wayang di pawagam. Makanan ringan ini boleh membantu anda untuk kenyang tanpa menambahkan berat badan. Namun, ianya perlulah digoreng tanpa mentega dan gula. Ia hanya mengandungi 31 kcal kalori dan sesuai untuk diambil dalam kuantiti yang banyak.

Gambar: Eatthis.com

2. Daun Saderi

Daun saderi mempunyai 95 peratus air di dalamnya. Ianya berperanan untuk membuang toksik di dalam badan dan juga membantu untuk mengurangkan berat badan.

Gambar: Kanser

3. Terung

Terung sering dihidangkan sebagai lauk untuk dijamah bersama nasi. Namun, yang terbaik ialah terung yang dimasak tanpa minyak hanya mempunyai 24 kcal. Perkara ini membolehkan anda mengambil sayur-sayuran ini dengan kuantiti yang banyak.

Gambar: Remaja.my

4. Oren

Kumpulan buah-buahan sitrus dapat membantu anda mengembalikan berat badan yang ideal. Contohnya buah oren kaya dengan bahan-bahan serat, flavonoid dan vitamin C. Ianya juga dapat membantu menyegarkan anda, membantu pencernaan, dan menjadikan anda lebih sihat secara keseluruhan.

Gambar: Minews.id

5. Alga

Alga, seperti Laminaria merupakan sumber terbaik bagi iodin. Tumbuhan ini membantu fungsi tiroid dengan normal, menjaga hormon pada paras normal dan sudah pasti dapat mengawal berat badan anda.

Gambar: depositphotos

6. Timun

Timun juga merupakan makanan yang sering dimasukkan dalam hidangan. Sayuran ini sangat penting untuk menghilangkan berat badan dan membantu melawan bengkak dan membuat anda langsing tanpa mendatangkan mudarat.

Gambar: Tribunnews

7. Ubi Bit

Ubi bit merupakan sumber nutrien yang boleh membantu untuk membakar lemak, menguatkan otot dan mengawal gula dalam darah anda. Ubi bit ini hanya mempunyai 40 kcal dan sesuai untuk diambil dalam kuantiti yang banyak.

Gambar: diaridunia.com

8. Telur

Telur boleh dikatakan makanan kegemaran bagi setiap orang. Namun, sekiranya anda menjamah telur rebus, ianya dapat menyalurkan nutrien kepada anda melalui telur kuning. Oleh itu, telur rebus boleh diambil dengan banyak tanpa perlu risau mengenai penambahan berat badan.

Gambar: sehatFresh.com

9. Epal dan Plum

Buah-buahan sering dijadikan pemberian ketika menziarahi orang yang sakit. Perkara ini adalah kerana buah sangat baik untuk kesihatan. Begitu juga dengan sebiji epal yang mengandungi 50 kcal yang dapat mengawal pencernaan dan membuatkan anda kenyang. Selain epal, plum dapat mengawal jantung anda dan kaya dengan vitamin C dan kalium.

Gambar: Cari!

10. Nenas

Nenas merupakan buah-buahan yang sesuai diambil bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan. Bromelain yang terkandung di dalam buah nenas  berfungsi untuk membelah lemak dalam badan. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya berat badan tidak bertambah sekiranya mengambil buah nenas dalam kuantiti yang banyak.

Gambar: HarakahDaily

11. Salad

Salad sering kelihatan segar sekiranya dihidangkan bersama makanan yang lain. Salad mengandungi sumber asid folik yang hebat dan anda boleh makan dengan banyak kerana satu helai daun salad hanya mengandungi 3 kcal.

Gambar: Pixabay

12. Beri

Kranberi dan strawberi merupakan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dan dapat mengurangkan air yang berlebihan di dalam badan. Selain itu, kedua-dua buah ini dapat membantu anda dalam percernaan serta sistem kardiovaskular.

Gambar: wlrfm.com

13. Kubis dan Brokoli

Sayur-sayuran ini sesuai diamalkan bagi sesiapa yang menginginkan penurunan berat badan. Perkara ini kerana sebahagian kubis yang dipotong dadu hanya mempunyai 7 kcal. Tambahan, kubis juga mempunyai pelbagai jenis vitamin seperti A, C, E dan B yang kaya dan sesuai untuk diambil dengan jumlah yang banyak.

Gambar: Tokopedia

Pemakanan sangat penting dalam usaha anda menjaga berat badan. Tidak menjadi satu kesalahan untuk mengambil sesuatu makanan dalam kuantiti yang banyak, tetapi anda harus bijak memilihnya.

Sumber: Bright Side

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa