Siakap Keli

Pertama Kali Naik Saudi Airlines, Teruja Dalam Pesawat Ada Surau Boleh Solat Seperti Biasa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau ditanya pasti ramai yang suka pergi ‘travel’ tak kisah dalam atau luar negara. Pernah tak berhadapan dengan situasi di mana anda berada dalam penerbangan yang panjang sehingga 14 jam atau mungkin lebih lama dari itu?

Bagi orang Islam, pasti akan rasa macam mana nak solat atas kapal terbang? Selesa ke? Walaupun ianya dianggap sebagai musafir, dan boleh dimaafkan tetapi kena ingat sebagai umat Islam yang sihat walafiat mesti kena sempurna juga permintaan Tuhan.

Tapi, Islam itu indah kerana ia selalu memudahkan umatnya. Kita sendiri diajar untuk solat tak kiralah dalam keadaan mana pun, sedangkan yang sakit pun boleh solat. Kenapa tidak untuk kita yang sihat.

Lain pula yang diceritakan oleh pemilik Facebook, Najmi Farisham yang berkongsi pengalamannya menaiki pesawat Saudi Airlines yang menyediakan surau kecil yang selesa untuk penumpangnya tunaikan solat. Dia menganggap perhidmatan penerbangan ini sangat ‘rare’.

Tak adalah luas sangat tempatnya, cuma muatlah untuk solat berjemaah 3 ke 4 orang dalam satu masa. Boleh berdiri, rukuk dan sujud dengan sempurna. Bila lagi nak rasai pengalaman menunaikan solat di atas awan. Fuh masya-Allah.

Untuk aku sendiri, ada surau ke tiada tak menjadi masalah. Kita dibolehkan untuk solat di kerusi masing-masing. Duduk dengan selesa dan angkatlah takbiratul ihram. Masa rukuk, tundukkan kepala sikit ke bawah. Ketika sujud pula, rendahkan lagi kepala berbanding rukuk tadi.

Senang bukan?

Namun sesetengah orang tak reti dan tak yakin untuk solat ketika dalam kapal terbang. Alasannya tak boleh nak berdiri tegak. Jadi mereka tinggalkan terus dan qadanya apabila dah sampai di destinasi. Kalau setakat perjalanan singkat tak apalah. Ini dah kalau 10 jam terbang, mahunya 4 waktu tergadai.

Ini kalau dah naik Saudi Airlines yang sediakan surau pun kita beri bermacam alasan lagi, tak tahulah nak cakap apa.

Nak solat itu mudah saja, kawan. Cara ini boleh diaplikasikan ketika menaiki kenderaan yang sukar untuk berhenti dan dikhuatiri akan habis waktu solat. Bas dan kereta api contohnya. Jika mampu berdiri, silakan. Namun kalau tak mampu, boleh buat sambil duduk.

“Kiblat pula macam mana?”

Kalau tahu arah kiblat dan mudah untuk menghadapnya, hadapkanlah wajah kita ke sana. Cuma kalau tidak tahu, memadai untuk kita duduk di kerusi dan hadaplah ke arah depannya saja.

Pentinglah juga untuk kita ambil tahu soal ini. Terutamanya buat mereka yang selalu travel ke luar negara. Penerbangan yang memakan masa berbelas-belas jam sudah pastilah akan berhadapan dengan waktu solat. Takkanlah sampai ke sudah nak qada sedangkan agama kita telah sediakan jalan keluarnya.

Paling mudah nak fikir, kita jamak siap-siap solat tersebut sebelum bertolak. Solat zohor boleh dilaksanakan sekali dengan asar. Maghrib pula dengan isyak. Pandai-pandailah kira waktu bertolak dan sampai untuk tentukan jamak taqdim atau takhir yang sepatutnya kita lakukan.

Lepas ini dah tak ada alasan untuk tidak solat kalau jalan jauh. Jangan jadikan susah itu sebagai alasan. Kalau kita jaga solat, sudah pasti Allah akan jaga kita. Wallahualam.

Sumber: Najmi Farisham

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang