Siakap Keli
Foto: Facebook

Potong Barisan Didakwa Punca Sebenar Kejadian Gaduh Di Cheras, Seorang Lelaki Ditahan Polis

Baru-baru ini, satu video telah tular di media sosial yang memaparkan dua orang individu bergaduh di hadapan deretan kedai di Jalan Dataran Cheras 2, Cheras.

Sehubungan dengan itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang terlibat dalam pergaduhan berkenaan di kediamannya dekat Cheras pada petang tadi.

Menurut laporan Bernama, siasatan polis mendapati punca bergaduhan itu berlaku adalah kerana rasa tidak puas hati suspek atas tindakan memotong barisan(potong Q) oleh seorang lagi lelaki yang terlibat dalam pergaduhan itu ketika keluar daripada persimpangan.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzafir Mohd Yussof berkata, “Mangsa cedera di muka dan badan serta patah pergelangan tangan kanan, retak tulang muka serta hidung,” ketika dihubungi Bernama.

Tambah beliau lagi, lelaki yang ditahan itu akan direman esok.

Dalam pada itu, Ibu Pejabat Polis Kajang telah menerima dua rakaman video kejadian melalui aplikasi WhatsApp yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah selepas dipukul.

Dalam rakaman video yang tular di media sosial berkenaan, suspek dilihat menyerang mangsa yang berada di dalam keretanya bertubi-tubi, sebelum mangsa keluar untuk bertindak balas.

Sumber: BERNAMA

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi